Sunday, May 8, 2011

Siapa dia pada mak...

Bismillahirrahmanirrahim...sebelum bercerita lebih lanjut...diri ini mahu mengucapkan selamat hari ibu pd mak dan datin2 a.k.a kakak2 ku...td sempat aku melihat satu gmbr lama aku n kakak2 n abg mase diriku kecil..tahun 88..maknanya aku berumur 2thun..akal sihatku terkenang...terimakasih mak...dan terima kasih kakak2ku kerana pernah memeluk, mendukung adikmu yg nakal ini (abg pali mengata aku kt fb...dia ingt aku xtau). Nak nangis da habis air mata la sejak 10 ramadhan terakhir dulu.

Tajuk entry sbnrnya lain dgn apa yg mahu aku tulis. Semalam di dapur smbil buat kek utk hantaran ank pak lang dan shbtku zulaikha, aku berbual dgn mak n mdm sakura.
Cik Khilkhir : Mak, smlm masa mak smbyg mokda tipon
Mak : Dia tny apa?
Cik Khilkhir : Dia tny pasal mak, dia kata rindu da lm x ckp dgn mak. dia tny yg ckp ni sape nm..nombor brp.
Mak : Ko ckp ape?
Cik Khilkhir : Org ckp nm org bgtau dia org yg pling kecik(bongsu)
Mdm Sakura : Sejak kecewa aritu bakal mertua xjd tu...dia xtipon ke mak?
Mak : eh x la...ade 2 kali dia tipon...da xde jodoh anak dia dgn ko nk buat cmne..
Cik Khilkhir : Mak...siapa dia pd mak?
Mdm Sakura : Amboi ko ni dik, mcm pelakon..mcm dalam drama cara ko bertny
Mak : Oh..ko tak tau? dia tu adik beradik moklong la...

Bila dengar mdm sakura menyebut perkataan pelakon...Aku tersenyum, pernah satu ketika aku menjadi pelakon. Lakonan yg akhirnya menyebabkan mutiara jernih itu x lelah mengalir smp ke hari ini. Lakonan yg aku cipta utk menyakitkan hatiku sendiri.ALLAHUAKBAR...sebesar ini impaknya. ( Oppsss...berhenti menulis seketika..mak masuk bilik..mencium dahiku T_T mutiara sudah ada di mataku)

Mungkin kamu tidak pernah perasan, apa yg aku tulis dulu, semuanya apa yg pernah dirimu beri. Pernah sekali aku hanya memforward semula pd mu tulisan yg kamu beri pdku. Itu jua kamu xperasan. Aku terpaksa lakukan itu supaya kamu tahu semcm apa yg aku rasa dan seperti apa tindakanmu tanpa akal sihatmu itu. Itu pun kamu tak perasan. Akhirnya aku terpaksa mengaku kalah atas lakonan aku dan saat itu tepat gugurnya mutiara di dpn masjid. Hurm..sudahla...maaf...aku menulis sbb hny disini sj yg bole aku luahkan. dan aku tahu tiada siapa yg membc melainkan cik khilkhir sndiri. Maaf skali lg...

Ya ALLAH..aku mahu bahagia seperti dia...berikanlah kebahagiaan pdku seperti KAU berikan bahagia pdnya..jgn biarkan aku bertatih semula atas semua yg aku x mengerti..Amin ya Rabb.. Amanah sedang menantiku...berikan aku kekuatan utk aku menggalasnya.

2 comments:

SNS said...

sentiasa membaca....
:((...
kerana air mata itu sebahagian dari kisah kita :((

khilkhir said...

ALLAH pilih kita berdua utk kisah itu...walau mereka xtahu apa sebenarnya tersirat. ini takdir buat kita. kakak masih blajar untuk memaafi...

Post a Comment