Monday, December 21, 2009

Perempuan menjauhi lelaki..mengapa?

Bismillahirrahmanirrahim...kali ini copy entry dr blogger. Mungkin byk sbb seseorg perempuan itu membenci lelaki..but for me...lebih elok jika menggunakan menjauhi lelaki. Antara byk ade 10 yg tersenarai..sekadar ingin berkongsi. Wallahualam.

Aku hamba yang lemah dan tidak layak bgku untuk mengadili seseorang


1. Panas baran

Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.blo

Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.


2. Mengongkong

Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.


3. Ego

Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.


4. Suka “cuci mata”

Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.


5. Main kayu tiga

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.


6. Tidak sensitif perasaan wanita

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.

Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.


7. Pentingkan kawan-kawan

Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.

Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.


8. Tidak tahu menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


9. Meninggikan suara

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


10. Penipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.


Mungkin ada yg tidak setuju dgn apa yg ditulis...erm..wallahualam...xtaula sape punye kajian ni..or saje2 tulis...ape pun kt sini cume nk bgtau...bukan lelaki shj yg dijauhi kerana sikap negatif mereka...tp perempuan juga ada... Tp personally, i'm really2 hate guys who r having no 3 attitude above. huhu..ape2 pun itu adalah fitrah...asalkan x melampau sudah... Apa yg perlu kita tahu...ALLAH telah mencipta kita dengan sebaik2 kejadian...syukur ats nikmat kurniaanNYA.

Friday, December 18, 2009

Harapan Ihsan ^_^

Dulu2 terdengar di tv ttg lgu ni...n adelah 2-3 kali dibg dgr free. Just wanna share the lyric

HARAPAN / HARAPAN IHSAN

Sehari-hari melintasi jalan
Sehari-hari melihatkan teman
Tak ada yang peduli kesusahan
Tiada yang pedulikan keimanan

Mengenang mereka yang telah pergi
Menenangkan diri yang amat sepi
Berlinangan air mata jatuh ke pipi
Bertandang bermohon pada Ilahi

Moga hidayah kan tiba
Moga dibukakan mata
Merasakan kehibaan
Hilangkan kedukaan

Demi masa yang ditunggu kita bersatu
Berkongsi harapan seperti yang dijanjikan
Kau dan aku beriringan selamatkan keimanan
Bukti insan dan cintanya pada Tuhan


(Devotees feat. Bro Salleh Brothers)
Lagu/lirik/susunan muzik: Dak mie (Bro. Azmi Barongan)


Kalo nk tgk video, tgk di link ini ye Harapan

Saturday, December 12, 2009

Bibik 2

Cikgu Rubina kate ade permintaan utk bibik danish 2. So, I try to do it..hehe...siap pun. Bibik rajin buat kerja rumah...tp rajin sgt2 bila sepahkan barang.haha...Kali ni bibik kena denda sebab saratkan rumah..mkn 'caklengkong'...di cetai2 jd mcm kristal ijau...habis lekit... Ok...

Thursday, December 10, 2009

Cyrine abd el nour - omry maak


Lirik arab

انا عمري معاك ان انت هنا وياية
ياشغلني سنين من نظرة عين انا بعشق فيك دنياية

ولا يوم في هواك زعلت معاك
دانا قلبي فداك وعمري كمان
ياحبيب العمر من وقت لؤاك
وانا حاسة ابتده مشواري

انا شفت غرام اجمل ايام
احلام حلوة بتاخدني
اول احساس من بين الناس
اخترتك تبقي معايا خلاص


Lirik campur2

انا عمري معاك ان انت هنا وياية
Ana 3omry ma3ak wkfaya in inta hena wayaya
My life is with you and it's enough, you are here with me
ياشغلني سنين من نظرة عين انا بعشق فيك دنياية
Ya shaghelny sneen min nazrat 3ayn ana ba3ash2 feek dunyaya
Oh, the one who makes my years busy with his eyes’ look, I love my world in you
ولا يوم في هواك زعلت معاك
Wala youm fi hawak za3alti ma3ak
Not even one day in your love, was i upset with you
دانا قلبي فداك وعمري كمان
Dana 2alby faddak wa 3omry kaman
My heart is your sacrifice and my life, too
ياحبيب العمر من وقت لؤاك
Ya 7abeeb el3omr min wa2ti lo2ak
Oh the lover of my life, since i met you
وانا حاسة ابتده مشواري
Wana 7asa ebtada meshwary
I felt that my walk has started
انا شفت غرام اجمل ايام
Ana shufti gharam agmal ayyam
I saw the passion, the most beautiful days
احلام حلوة بتاخدني
A7lam 7elwa bitakhudny
Beautiful dreams have taken me
اول احساس من بين الناس
Awwel e7sas min beyn en-nas
The first feeling from among people
اخترتك تبقي معايا خلاص
Ekhtartak teb2a ma3aya khalas
I chose you to remain with me and that’s it

suke mendengarnya...hik3...sja mahu berkongsi

Sunday, December 6, 2009

Walimatulurus 3


Kahwin kahwin..da dpt jemputan so pegi je le…think + for dis wedding, so..i met my childhood friends..hehe…da jd mcm reunion plak pi org kawen ni..jumpe la semula dak2 ni..aritu masa raya da jumpe tp xsume. Ada yg x jumpe 12 tahun…ade yg slalu dpn mata ade yg sekjp ade skjp xde…hehe. Mmg x rancang nk pi skali..tp sudah jodoh kami…so we met each others. N exchanging kisah2…especially dila…she’s changes a lot! haha…kwn2 yg dtg sume terkejut tgk dia..erm..what happen? so n so.. only us know…ahaks. InsyaALLAH, she’ll become a doctor.. from Uia Kuantan…ops, Zarina will become a doctor too from UK..Kirenye td pertemuan doctors n teachers la..hehe..mostly. Abis mkn…tgu kt luar kemah, xnk le menyemak kang tuan rmh kate ape plak. So we all tgu pengantin smp kt luar. Then, bila pengantin smp we let them to eat dulu..then bru amik gmbr…Tetibe one of us btau yg ismadi (kwn gak tu) invited all of us to his brother’s wedding…Masing2 perut sudah kenyang, so minum air je la..dah la duit x bwk…sedap bertandang umah org…buat muke seposen je..hahaha…Beg tgn ade tp xde duit…haha..bukan mcm tu…beg tgn ade tp xde sampul..xkan nk ulur gitu je ma… Benda x plan…cmni ler jadiknye…ehehe. Ape2 pun seronok la dpt jumpe kwn2 lama. Last but not least nk dedicate ucapan nit ok kwn yg aku syg..hehe..


To : Siti Amina Sheik Omar..thanx ya!hehe…kesian..kaki bengkak pun ko gagahkan diri tuk pegi…hehe..semoga cpat sembuh ya! InsyaALLAH…


Inilah kawan kami, Hayat bin Oyub yg dgr kbr jd chef kt hotel skang...kawen dah dia...

dr kiri: ina, khilkhir, syuk, amin, acit, nizam,pengantin,ecah,wani,ezreeni,dila,amina, jannah

kwn2 sekalian

Saturday, December 5, 2009

Walimatulurus 2

Assalamualaikum. Continue seperti yg ditulis...hehe..Congrates to Mohd Radzi n Mastura Diana for their wedding (27-29 Nov 2009).

Jumaat (27 Nov 2009)
Petang raya haji. Masa nikah warga ibu2 bapa2 gi membawa pengantin. Yang bujang2 tinggal umah tolong apa yg patut. Walopun xdpt gi, tp we all ade pembekal video x rasmi..abg ngah rec gune henset.hehe.. Bila tiba malam, gi tolong2 skit kt umh busu..Nk jd cerita tibe2 terkecoh skit sbb xde org nk anto pengantin. Makcik2 pakcik2 yg pegi petang da surrender..yg bujang2 ni mls nk pi mlm sbb nk pi siang...hoho..kasihan. xkan pengantin pi bertandang sorang. Last2, mama bonda suh aku pegi ajak cik sakura tp x bwk budak2 (ank2 k tipot). Pendek kate bila da kumpul org dptla bbrp org yg muda2 trang tang2...hehe..plg tua k ecah. Bila smp umah pengantin perempuan, K ecah berbunyi " Ini mmg alamatnye xde org lain yg kena tepung tawar..mesti Cah dulu sbb Cah yg plg tua".. Yg lain sume gelak sbb dia sorang je yg umur 30 ke atas...bila smp je tibe2 kecoh plak abg pengantin kate "da kompang daaa..."...aiyok, xkan da kompang...ntah sape wat gimik gitu. Bila da ready nk kompang tetibe ade 1 hal lg yg xsetel. Ape lg kalo bukan pengapit llk..pengapit nya enggak ada. sape mau jd pengapit? haha..nk x nk on the spot, yg plg cntik berbju melayu yg itu terpilih...at last along seli yg kena. mau tergelak dia. sempat jugak cri tisu nk cepuk2 kt muke pengantin tu.haha..Pengapit segera. xyah pikir2 cekut time tu jugak. Mkn2 n balik, otw balik, deri wat gimik...gear kete dia xle masuk..puas jugak dia pulas2 kepala gear tu...Alhamdulillah boleh akhirnye...smp umh 11 mln...selamat mlm dunia..hik3


Sabtu ( 28 Nov 2009)
Sumenye da mule sibuk dgn tugas masing2. Mak, along, maklang buat roti jala, paklang, kenit, deri, kimi, ina tolong kerat nangka, aku, cik sakura, bg arman, k ecah kupas bwg, para lelaki yg lain urus bhg2 lembu yg da siap disembelih. Acik ditugaskan masak tuk tengahari.hehe..ade la yg lain tolong2 dia. Pukul 2.30 bru pi anto pengantin sbb hujan lebat. Aku n cik sakura pi skali lg n kali ni bwk beg2 tgn skali..anak2 k tipot. Sesampai di sana, kereta sebijik yg kami naiki jd keteapi lmbt...so terpkasala melalui budak2 kompang yg da sedia nk menepuk muke kompang masing2. Kami pun berdiri la di blakang skali Tetibe dgr sore2 yg kecoh.."Eh...cikgu la...cikgu!!!!, weh cikgu weh"...Aiyo..dlm ati smpt plak pikir "ayer molek ke bukit katil, ayer molek ke bkt katil"..toleh blakang upenye dak form 5 bukit katil..hehe..aku pun senyum je..rombongn yg lain meniru ckp budak2 tu..."eeee...cikgu...cikgu la..."...sengih jela nk watpe lg kan. Kompang2, mkn2, amik gmbo pastu cabut la. Mlm ade majlis berzanji..tp mlm tu k.o awal sbb tetibe demam...huhu. Allah berkehendak begitu..jd begitulah... ^_^


Ahad ( 29 Nov 2009)
Subuh2 lg da sibuk...tok khalil tukang masak pun memulakan tugas. Warga perempuan sibuk menguruskan lauk pengantin, yg llk masak n urus pinggan mangkuk. Start 11 pg org mula ramai. Alhamdulillah x ujan..yg bujang2 ni tugasnya kena isi nasi, bg berkat..Satu bhg di depan satu lg di belakang. Cik Sakura, Mira, Fyda kt blakang, Cik Khilkhir (aku ler tu), Ina kt depan. Fuh, penat jugak...bhg dpn tu xbrp teduh, berpeluh dibuatnya. Hehe...tetibe mencelah dgn otak bisnes. Abg ngah jd mangsa kami tuk gi promote detox kt dejay. Aku bg brochure suh dejay tu bc je..pandai pulak dia promote.. Bila dgr je sume cri aku n cik sakura...Mak kate "sape punye keje smp org radio tu promote tampal tapak kaki (detox) tu?" hehe...aku sengih je...sape punye keje lg kalo bukan cik khilkhir n cik sakura...bisnes partner la katekan...hik3..Alhamdulillah majlis berjalan lancar smp ke sudah...Sume da penat n mlm tu titon awal...tata...



Abis da tuk walimatulurus abg sepupu ku... next entry maybe about wedding too...almaklum musim cuti sekolah musim kawen...Wassalam


Wednesday, December 2, 2009

Hari Raya Korban

Bismillahirrahmanirrahim...Tahun ni x berapa ready sediakan lauk pauk tuk raya sbbnye umah busu nk wat kenduri anak dia kawin. Mlm raya pun xde sape2 yg buat kenduri..biasenye between 3 houses ni, mesti slh satu rumah akn buat kenduri. hehe..tp we all kena menolong umah busu..almaklum kali pertama kawinkan anak. Xde org pun dtg mlm raya tu...yg dtg Along je..Cikgu Rubina blik perak. Tp tetap meriah sbbnye lepak kt umah busu n aku menambahkan kecoh bila abg Li tersayang nk webcam dgn kami sume..so berlari2 tnpa pkai kasut ke umah busu yg x smp brp inci...(thanx to him for the wireless connection). Subuh2 lg da bgun n ready tu solat Raya. Lps je solat, trus kami sume...warga ketiga2 umah bergegas ke kg Kandang..(pd sape2 yg lum pnh dgr name kg ni..jgn gelak pulak ye). Tahun ni mak, abah, paklang, maklang, acik, busu n deri wat korban, so memotong kt sana. Biasenye we all amik gmbr kt alai..tp kali ni tmpt lain pula...hehe..tukar angin. Lps buat kenduri kecil2 sume pulng ke rumah dulu especially busu n acik sbb nk ready tuk majlis nikah pulak petang tu. Ok smbg ke entry lain..

Tuesday, November 24, 2009

Sandaran harapan ^_^ & Kenangan Dahulu :)

Sekadar mahu berkongsi...tidak mahu bercerita jd hanya berlirik sahaja...bes ni...(bru dgr demo aje)

SANDARAN HARAPAN

Aku putus harapan
Keliru memikirkan pada siapa harus kusandarkan
Bicara hati ini yang sangat merunsingkan
Pada-Mu oh Tuhan ku mohon pimpinan

Telah sekian lama kusemaikan
Cinta dan kesetiaan hanya pada insan
Namun kini yang ku tuai hanyalah kesedihan
Dilukai oleh cinta yang memeritkan

Aku diburu kenangan silam
Di kala leka dibuai percintaan
Tiada ku sedar apa yang aku lakukan
Semuanya tersasar dari landasan

Ya Allah telah kumungkiri janji-janji pada-mu
Ya Allah telah kukhianati segala amanah-Mu
Bagaimanakah untuk ku kembali kembali pada-Mu
Mendapatkan kepercayaan Mu oh Tuhan
Masihkah ada ruang untukku


Lagu/Lirik/Susunan muzik: Abd Halim Bin Ahmad
artis : CASTURY feat. Azwan Fareast

Yang ini pula ttg kenangan dahulu...suke mendengarnya di imeem

KENANGAN DAHULU

Dahulu
Hidupku sepi umpama tak berteman
Namun dgn izin-Nya kita ditemukan
Selangkah kita menyusur dugaan yg mendatang
Tidak pernah jemu menempuhi dugaan dlm mencari keredhaan-Nya

Bagaikan cahaya menyuluh di segenap dlm hidupku
Di situlah kita mencorakkan hidup walaupun adakala ku tersungkur
Namun kau tetap setia di sisi
Tangan yg kau hulur seakan mengerti perasaan ini

Kini
Perpisahan kan terjadi
Ku rela undur diri kerananya
Ku doakan kau bahagia dunia dan akhirat
Patrikanlah kenangan kita dahulu

artis: All One

Tq

Sunday, November 15, 2009

Bibik

Tuk entry kali ni, nk tnjuk video..kite kenala appreciate kt bibik kite...seharian penat bekerja...jd video ni khas dibuat untuk beliau..mari kita saksikan



hehe.... ^_^..jgn marah aa cikgu rubina...hik3...aritu u menumpang entry i kan...hehe

Wednesday, November 11, 2009

tumpang post....cikgu Rubina

hehe..nak bukak blog sendiri mls...tetiba nak buat entry ..idea tetiba dtg bergolek2 mcm loco roco..
so menumpang blog org....
citerpendeknya cenggini..masa exam paper math2 3jam..lps lect pass soklan sprt biasa i kan kuat bertanya xkira msa..so trus angkt tgn n tanya " Sir, bole jawab esei guna pensel tak?" sebenarnya mmg i da biasa jwb exam n test dgn pensil b4 ni..n ramai classmate ikut..
tau apa Sir jawab..dgn penuh bergaya dan selamba dia jwab.." bole bole..jwb dgn pensil warna lagi baik...wana hijau pun bole...." satu kelas pandang i KU terhebat didunia......hahah pdn muka i..at last jwb ngn pen...hoho


tq ek pemilik blog yg xbest ni..dah la aritu private private nyampah.....nuffnang pun x betambah..nak titon....gaya ultraman gaia bak kata dak ipan

Walimatul urus & memory 2001


Bismillahirrahmanirrahim...maka dgn ini ku open semula lu'lu' qolbi dgn entry ini...Jgn ada yg terkejut pula bila tgk tajuknya...Setelah didesak berkali2 dan dimarah oleh cik sakura n cikgu rubina, maka terpaksalah cik khilkhir membukanya semula. Maaf ya! hik3..

Ok...berbalik pd tajuk entry ni, nk bercerita serba sedikit ttg walimah abg sepupu a.k.a anak kepada paklang n maklang. Mohd Rizan b A Rahman yg menamatkan zaman bujang pd umur 27 thun. Majlisnya selamat berlangsung 6,7 dan 8 hb lps. Ramai yg dtg smp lauk xcukup.

Tp ape2 pn keluargaku x lengkap..bak kate paklang 'fadzli, ipah (k tipot) n shukri xde kali ni'...Seperti sedia maklumla kan...encik Li kita ade di negara angguk2 tu.. K tipot n abg shukri sdg mengejar haji yg mabrur.Amiinn. Mak abah pun balik awal sblm pengantin smp, sbb kesian tgk palit...anak k tipot...demam.Seb baik cik khilkhir drive asing dgn abah..so bolela balik lmbt skit. Gune kete sape?hehe...

Reverse skit ke hari sblmnya...hantar pengantin hari sbtu...tibe2 terserempak dgn seseorang yg cukup dikenali...mana mungkin utk kulupa...hehe...dr jauh cik khilkhir memandang tepat ke arahnya, begitu juga dia...dan langkah keduanya terhenti bila cik khilkhir memberi salam pd insan yg pernah mengajarnya B.A.K, B. A.T n Syariah Islamiah..bes wo..namenye Ustaz Fazly, bekas guru di SMKA Sharifah Rodziah. setelah 6 thun, ust masih x berubah...comel je aku tgk. cume anak2 dia da besar...kalo dulu mase dia ngajar aku (2001-2003), lum kawen lg...sempatla kami bertny serba sedikit ttg diri masing2...Pd sesiapa ex-sharodzian yg nk tau..ust skang ngaja kt SMKA Sultan Muhammad...(sape dulu ex-sultan? haha...ade org perasan sudah..hik3) .

Bila da terserempak...mulalah teringat kenangan zaman sekolah. Al maklum ust muda masuk sekolah...biasela...x tersangka pulak tiba2 ust kena ganti kelas B Arab aku...mase tu Ting 3. First time ust masuk ke kelas, first time tu jugak aku kena soal dgn dia...huhu..hancuss..gelabah la jugak bila tibe2 dia tunjuk jari kt aku suh diri, baca petikan n jawab soalan...Seperti dijangka...aku xdpt jwb! terngiang2 lg..." ma ismuki?"...aku menjawab " ismi Siti Khairiah, ustaz". "Dpt jwb x?" "Ana la 'arif" jwbku (ntah btul ntah tidak...byk da lupe da)...Ku rase 1 kelas memandangku...Secara tidak semena2 ust berkata, " Siti.....nk x ustaz pimpin Siti, kita round 1 sekolah, nak?"...Ada yg sedikit terkejut mendengar ( itu yg mane otak pikir lain) ....ada yg xtahan ketawa ( gelakkan aku ler tu)...yg senyap pun ade (tu yg tgh skema kot)...hoho..biar btul ust ni nk mengenakan aku...at last aku ckp "xnk ust"...Tibe2 ade sahabatku yg baik hati mengangkat tgn n tlong jwb utk aku...hehe...fuh....selamat....tp yg peliknye lps habis je waktu b arab...adelah a few budak2 ni dtg pd aku..."weh...awat mase ust tny ko ckp xnk....apela...kalo aku...angguk je"...terkejut dibuatnya...budak2 ni gelakkan aku lg...ntah ape2 ntah...tp itu sume kenangan..Alhamdulillah..berkat ajaran ust...result PMR B.A aku pun ok...ape2pun time kasih buat ust n guru2 aku yg lain yg da penat mendidikku smp la aku menjadi aku yg sekarang...

Monday, October 12, 2009

tawar hati

tibe2 tawar hati tuk segalanya...entahler....huhu...ALLAH...pulihkan hati ini...

Wednesday, October 7, 2009

Rahsiakan pertunangan war-warkan perkahwinan

insan jahil ini mahu mendapatkan kepastian dr seorang rakan..jd trus bertny apa yg sebenarnya di sebalik rahsiakan pertunangan, war-warkan perkahwinan...jd dgn ringkas beliau menjawab
camni
(7/10/2009 2:14:51 PM): pertunangan perlu dirahsiakan
(7/10/2009 2:14:59 PM): terutama perempuan
(7/10/2009 2:15:35 PM): lelaki yg dtg utk minta, akan mengetahuinya terlebih dahulu sama
ada dia ini dah bertunang atau blom
(7/10/2009 2:15:53 PM): melalui pertanyaan kepada mereka yg terdekat dengan si perempuan
itu
(7/10/2009 2:16:10 PM): so bile mana dah diketahui sudah berpunya
(7/10/2009 2:16:24 PM): haram utk si lelaki td masuk meminang

jwpn ringkas yg cukup untuk membuatkan diri ini faham ttg ape itu rahsiakan pertunangan war-warkan perkahwinan...Jd pd sy, bukan sahaja pd perempuan...andai berlaku sebaliknya juga..ianya perlu dititikberatkan..Wallahualam..segala yg baik itu datang dr ALLAH dan yg khilaf itu dtg dari diri sy sendiri...


p/s : jgn memandang sesuatu hal yg remeh sebagai mudah...kerana...hal yg remeh itu jua yg boleh membesarkan sesuatu perkara menjadi berat...

Monday, October 5, 2009

KLIA 2

erm...bru leh cita. sbtu mlm abg li nye flight ke jepun. xrancang pun sbnrnye nk ikut parents pi hantar dia lgpun mase amik 27 Ramadhan aritu da pi. Bertolak dlm kul 6 pm. Da siap sume, yg jd driver abg iparku, bg rasid suami kpd cikgu rubina. Diorang bwk mat topet n danish. Abgku bersalam-salaman dgn adik beradik lain, makcik, maksu n lain2..xlupe juga adikmu yg x hensem ni..salam jugak la abg yg konon hensem ni (cium tgn lg tu)...Hehe...ntah tibe2 family kak ngah dtg...rupenye diorang nk pi jugak. diorang bwk shira n iddin...so ade kosong kt blakang...so apelg...dgn sepantas kilat mencri baju, tudung n sweater...in 10 minutes da ready masuk dlm perut kete iswara abg ipar. Itupun mak yg suh pi...hehe...

Nk dijadikan cite, bg rasid n the geng da lama smp kt klia dlm kul 8.00 pm...yg kami2 sume ni ntah mcm mane tersesat pulak...masuk tol kuar tol.abg ngah a.k.a abg iparku da geleng kepala seperti org buntu. tp alhamdulillah akhirnye berjaya jugak smp dlm 9.15 pm. tu yg muke mcm penat je tu.sesat upenye...pas siap solat...lepak2...ambil gmbr gune nikon abg li (jgn belagak dgn i ye). dlm 10.45pm abg li pun berslm2 nk masuk gate.maka continue la dia utk smster 2 phd nyer. kami bertolak pulang, sblm smp singgah di warung seringgit (name je...mknannye mhl jugak).pekena nasi sbb perut da sakit.smp umah dlm 1.30 am...so...selamat mlm dunia!titon itu juga satu ibadah...hehe

Sunday, October 4, 2009

KLIA

bismillhirrahmanirrahim...nnti cerita..letak gmbau dulu...to 'kong'...sori..i edit gmbo u..haha.ada gmbr yg ok sbb gune kamera dia..yg xcantik tu gune henset sy...hehe




Monday, September 28, 2009

Thanx

Wanna wish tq to my friend for all of his advices...now i know the value of friendship...thanx alot...next time leh mintak nasihat lg...hehe

p/s : waiting for his new entry about friendship...

Tuesday, September 8, 2009

erm...

mungkin akn senyap seketika...

Wallahualam

Friday, September 4, 2009

Perancangan Family Day 2009

Bismillahirrahmanirrahim...erm..sibuk jugak jd organizer FD ni. Cik Sakura dan Cik Khilkhir berhempas pulas dalam menjayakan program ni...InsyaALLAH maybe dlm mgu raya program ni akan berlangsung. Pada awalnya x jd tuk tahun ini sbb abg Li xde.tp oleh kerana dia balik raya ni...so boleh la buat...hehe..mau bli hadiah, mau susun aktiviti n macam2...btw tq la pd sape2 kwn2 ym yg da tolong jwp questionaire aritu..akn digunakan tuk salah satu aktiviti nnti..hehe...trimas byk2 ye...questionnaire seterusnya akn menyusul. jgn serik ye nk tolong lg...ok..nnti smbg.

Monday, August 31, 2009

Tag 6

1. Soalan ini terpksa dipdmkan...
++ tiada jwpn yg sesuai

2. How did u feel when u woke up this morning?
++ lum titon lg mcm mane nk feel pg2 ni

3. Who was the last person / people you took photo with?
++ with cik sakura

4. Would u consider urself spoiled?
++ hmm...maybe (copy paste dr eyza)

5. Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
++ ntah...cam xde jek

6. Do you want someone to be dead?
++ nope

7. What does your last text message say?
++ "ehehe...xde sampan pulak nk belayar.da pi tido.nk p melepak kan?"

8. What are you thinking right now ?
++ bila abg Li nyer flight ke Jepun...aku nk arrange family day ni...

9. Do you want someone to be with you right now ?
++ xkot...sbb cik sakura ade kt sblh ni...titon da dia...

10. What was the time you went to bed last night?
++ jam 10 pm...

11. Where did you buy the tee you are wearing now ?
++ ini pun nk tny ke?

12. Is someone on your mind right now?
++ yes...awatla si minah ni x bls ym aku?berkemas lg agaknye...mcm dia plak yg nk kawen.

13. Who was the last person who text you?
++ doraemon yg suke dorayaki :P

TEN Lucky Person to do this quiz.
++ hentam saja la labu.....
1- Cik Sakura (villasakura)
2- Abg Li (seekatsu)
3- Cikgu Rubina ( Omoide poro2)
4- Ezzah Fatin (cinta fantasi)
5- Nur Rashid (Yippie Kaiye)
6- SNS (titian perjalanan)
7- Noraazua (NoraAzua)
8- Waida (Yang Pertama dlm segalanya)
9- Filzah (cahaya belahan jiwa)
10- Doraemon


14. Who is no.2 having a relationship with ?
++ tergolek kejap...hehe...ntah...xde kot

15. Is no.3 a male or a female?
++ of course female...kalo kate male nnti dia marah...

16. If no.7 and no.1 get together , would it be a good?
++ hoho...mane mungkin...

17. What is no.1 studying about?
++ Mechanical engineering...

18. When was the last time you chatted with them?
++ them tu sape?yg 10 ni ke?campur2 la...ade yg bru ade yg da lame...

19. Is no.4 single?
++ yup...dia tgu 8 thun lg...

20. Say something about no. 2.
++ abg yg kusayang smp bila2...up skit la Li...

21. What do you think about no.3 & no.5 being together?
++ ape nk think2 lg...da ade 3 anak da pun...

22. Describe no.9
++ baik budaknye...bersopan santun...walopn blum ketemu...hehe

23. What will you do if no.6 and no.7 fight ?
++ nnti Cikgu Rainah marah...sorang anaknye...sorang lagi anak muridnye...hehe

24. Do you like 8?
++ sgt suke...ini roomate mase matrik...otak yg sama wo...

25. How about 10?
++ itu sbb letak no 10...kang byk tny..susah jugak nk jwp...jgn marah ye
doraemon...dia baik..mcm sy...hehe


ok...selesai....

Thursday, August 27, 2009

Kesilapan bahasa atau....

Bahasa melambangkan jiwa bangsa... kalo bahasa disalahgunakan maka akan rosaklah bangsa...tp kan...kalo tersilap...ter.....bukan sengaja...hehe..ni nk cite skit ni...ALkisah yg pertama. Disuatu mlm dlm kul 12 lbih tgh mlm, Cik khilkhir sdg bermain internet (entah ape yg dicari kt tenet tu pun xtau), tiba2 kilat sabung menyabung, guruh berdentum kuat memeranjatkan sehingga Abg Li terbangun dr lenanya. Dengan terpisat2 dia pun berkata "dik, kejap lg tolong tutup komputer dengan modem internet tu eh". Cik Khilkhir memandang ke arah Abg Li, mengangguk dan memandang semula ke arah skrin komputer. " Tutup plag tu skali, ade kulat ni". Dengan secara automatik Cik Khilkhir menoleh semula ke arah AbgLi sambil menahan diri tuk ketawa lalu berkata " mane ade kulat...kilatla...haha". Kedua beradik ini tertawa kecil...xle ketawa kuat2 sbb da mlm...org lain sume da tido...hehe...

Alkisah yg kedua...slps berbuka Cikgu Rubina dan Cik Khilkhir mengemas2 di dapur. Erm...di mana Cik Sakura...biasela...dia kan tawaduk, solat dulu...sedang Cikgu Rubina mencuci pinggan mangkuk, tiba2 beliau berkata "dik,tolong pentik air tu...xmasak lgkan air tu?". Cik Khilkhir pun membalas " pentik air....pentik air....pentik air...pentik air ape air?" (mmg rosak bhs dia ni)..."tu...air tu tolong pentik jap..." Tiba2 terdengar suara Cik Sakura yg tawaduk td membuka bicara dgn agak kuat " Eh, air tu da jering la..." Sekali gus Cikgu Rubina dan Cik Khilkhir memandang Cik Sakura smbil berkata bersama2 " bukan jering la...jerang, hahaha"... Ketiga2 beradik ni pun tertawa.." Petik suis air la...bukan pentik..ketawakan org dia pun sama", bls Cik Khilkhir kpd Cikgu Rubina. Hehehehe

Ini kalo org bhs bace ni...mmg dia marah...maaflah...bukan sengaja tp ter.....lgpun...Abg Li, Cikgu Rubina dan Cik Sakura bukan org bahasa...ketiga2 mereka ambil jurusan engineering...oops...Cik Khilkhir juga bukan org bhs...hehehe...TTFN...bru blaja bhs bru ni dr encik Doraemon (TaTa For Now)...hik hik hik

Wednesday, August 26, 2009

salahkah saya?

tolong beritahu sy apa salah sy?tolong beritahu saya apa yg patut sy lakukan? erm...xpela....perlu redha dan ikhlas atas ujian yg ALLAH beri...

Monday, August 17, 2009

Graduation day

Bismillahirrahmanirrahim...bru berkesempatan nk tulis blog. My graduation day was held on 15 August n my sis 16 Aug...seb baik...kalo x perang lg mcm hari pendaftaran masuk U...berebut mak abah nk anto sape...last2 mak abah anta aku, n cik sakura dianta oleh abg lang tersayang...hehe...Tp utk kali ni....both of us dpt tgk konvo each other...hehe...Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar...cuma masa aku nk naik pentas tibe2 berlaku insiden gelang tanganku tercabut...dgn kelam kabutnya aku tgk ade encik pakai songkok kt tepi aku (actually dia tolong jaga we all mase naik pentas), aku terus bg gelang tu pada tangan encik tu...dia pun amik trus simpn dalam kocek coat dia...riso gak aku...nk cri mcm mane encik ni...dah la ramai yg betugas dlm dewan tu. Abis je dak2 FST nye nama disebut...tetibe aku nmpk encik tu tercari2 aku...hehe..glamor kejap mase tu, sbbnye dia dtg pd aku n trus serah gelang...yg lain curious nk tau knp gelang aku pd encik tu....aku tersenyum je...hehe...abis da...pastu amik gmbr...pukul 3 gerak ke Putrajaya sbb esoknye nk pi konvo cik sakura pulak...

Petang tu cikgu Isa a.k.a abg lang bw we all jalan2 sekitar masjid putrajaya n sewaktu dgnnya...lawa jugak tmptnye...aku x penah pegi...masuk masjid abh n abg lang solat jap...aku gelakkan cik sakura sbb dia kena pkai bju 'angkasawan'..haha pdn muke...sape suh pkai jeans..kan da kena. Esoknye plak pi konvo cik sakura...lame gak aku duk dlm dewan...mase tgk perarakan graduan, aku ternampk plak kelibat seorang lelaki yg ku kenali...hehe...kwnku masa matrix rupenye...nnti aku selit gmbo dia...(jgn marah ye labi...)...segalanya berjalan lancar...siap2 amik gmbr...pulang jubah...we all tolak balik kul 2.30...sblm smp rumah pekena kuew tiau hailam dgn teh ais dkt kedai mkn...hehe...ALHAMDULILLAH






Konvokesyen UPSI 2009 - 15 Ogos 2009 sesi 9


Sepetang di Putrajaya




Konvokesyen UKM 2009 - 16 Ogos 2009 sesi 3

Rojak


Geng Bas Sekolah (GBS) Geng Bujang Senang


Toin! hehe...jgn marah ye labi...
p/s (cube cr persamaan dlm gambar ni...atas gmbr cik sakura...bwh gmbr raje amir)

ok...udah selesai utk entry kali ni.....wassalam...

Monday, August 3, 2009

Intebiu oh intebiu

aduh...kena ready tuk interview posting....ari jumaat ni di Pusat Kegiatan Guru SK Gelam Tg Kling, Melaka....pukul 8 pg da kena sit for INSAK test...pastu bru interview...huhu...cuak pun ade ni....wish good for me ya!

Sunday, July 12, 2009

Selamat Hari Lahir abah...

to abg pali....ni ha gmbo2 yg sempat diambil masa sambut bufday abh (sabtu 11/7/09). Buat kenduri skit...mak buat roti jala...along tambah2 skit2...adikmu berdua balik dr tuisyen sume da siap...hehe...mesti u pelikkan...cik beras sakura kena paksa dgn i aja tuisyen...hehe...budak darjah 2 n 3 je pun....ok...ni gmbr...

gmbr yg last ni cikgu Rubina kate tuk cucu2 dgn atuknye je...tp terselit plak 2 org tua...hehe...ntah sape ntah


Friday, July 3, 2009

jom2!

going to kelantan this evening...hehe...bisnes2...sesape yg nk g kelantan gak.... jom!

Sunday, June 21, 2009

Kenduri umah kak tipot

khas tuk abg pali...hehe...tgkla...kenduri ni sempena selesai khatan firdaus n faris 2 mgu lps...u je xde abg li oi...

Wednesday, June 17, 2009

Puduraya...

knp tiba2 perkataan puduraya muncul..hehe...ni sume disebabkan perbualan aku dan cikgu rubina yg x disengajakan...xingat plak mcm mane leh muncul...so aku citela satu kisah singkat di puduraya masa aku semester 7 kt upsi pd cikgu rubina. Sem 7 ni la aku paling kerap balik kg sbb nk urus tesis dgn pihak sekolah...Biasenye aku akn bli tiket siap2 dekat pekan tg malim...dr kl ke melaka central pun aku online skali...so xpyhla bila smp pudu aku nk kena berasak2 bli tiket...pening pale...huhu. Alkisahnya satu hari aku balik sendiri...otw masuk ke stesen pudu tu aku pun terbayang2kan org yg duk sibuk menjaja tiket diorang...ape name tu...ala yg ade pegang walkie talkie tu..ntah kenapa akal jahat dtg plak mase tu.terasa nk mengenakan org...hehe...tp xde niat pn nk wt jht btul2...smp je kt org2 tu...pakcik2...abg2 kt situ sibuk je tny n jerit2..."melaka2!!!....johor2!!!, dik nk pi mana dik...kak nk balik mane kak...bang johor ade bang..." dan sbgnya...mcm2...smp turn aku ade sorang mamat ni tny "cik adik...cik adik nk pi mana?" hahaha...di saat itu misi utk mengenakan dia sudah siap tuk dilancarkan...dengan slambenye aku jwp..."sy nk pi tandas"...apelg...mamat tu ckp "aaaa....nk pi tandas...."dia pun xtau nk kate ape lg...trus pndg tmpt lain...btul la tu, dia tny aku nk pi mane...aku ckp nk pi toilet...mmg btul pun, bukan tipu...hehe..

Actually bukan 1 kisah, tp 2...sblm aku naik bas dr tg malim, ja kwn aku cerita pasal sorang mamat jual air kt pudu...aku dgr je la..xsangka plak aku jumpe dgn mamat yg ja cite tu...Masa aku da siap2 duk dlm bas balik melaka...walhal bas da nk jln mase tu, tetibe mamat ni masuk dlm bas,lagaknye mcm nk cepat je...dia masuk smbil pegang beberapa kotak air soya kalo x silap...pastu dia ckp "ok ni tinggal sikit je...da habis dekat bas sebelah....sape nk amik ni"...aku tgk ramai gak yg amik...de yg mintak lg kt mamat tu...aku da tau cite so aku senyap je la...smbil aku perhati gelagat org2 dlm bas.pastu mamat ni turun kejap...dlm 30 saat dia naik balik...dgn selamba dia ckp "ok...satu kotak 2 ringgit ye...." xke sengal...ade tu da siap cabut straw lg...seb baik lum minum..yg mane mls nk ckp byk tu...byr je la 2rgt...tp ade gak yg pulang balik...byk gak sore merungut aku dgr...haha...aku tersenyum sendirian bila org tu ckp lg "da amik mestila kena byr...skrg mane ade benda free...masuk tandas pun kena byr 20sen.." ahahaha pandai btul org ni nk meniaga...taktik btul...ye la...kalo bli kt atas pudu tu x smp 2 rgit...bru singgit lebih je...rugi2...mcm2...seb baik aku da dgr dr ja...lawak plak aku rase bile aku cite dgn cg rubina...xberenti gelak dia...hik3


Friday, June 12, 2009

Mat topet...

ha...i want to dedicate dis special song to all of u especially those who loves to watch Yu Yu Hakusho ( anime jepun). I got dis song via mms from my along and I was informed dat this song was recorded by my niece , Nurul Ain and the mms was received during ceramah at the auditorium UPSI...hehe (rajin btul aku pi ceramah time ni...kalo x silap ttg isu pendidikan)...This song is very special because for the first time I played it (7/4/2008)...I really wanted to laugh but fortunately I realized where I am at that time ....erm..celoteh pjg pun x gune...better u play it on ur own...itupun kalo interested...hehe...ops!lupe plak...do u ever wonder who is the special singer of dis special song?MAT TOPET la...a.k.a ipan...or his real name...Muhammad Ridhuan Irfan bin Nurrashid...





Tuesday, June 9, 2009

Tuju pd insan yg layak menerimanya

Metafora

Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana

Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naïf untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi

Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….

Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri

Friday, June 5, 2009

Siapakah aku di matamu?

suspen jek tajuk ni...ni kak sakura bg tajuk...aku diamanahkan tulis je...cite ni special tuk abg Li yg berada diperantauan...masihkah kau ingat akn aku?
aku adalah aku...tanggal 2006 aku dibeli dan dibawa pulang ke rumah...apalah malangnya nasibku...semasa tuanku sedang solat tarawikh di masjid...aku dibawa lari oleh lelaki asing yg tidak kukenali...huhu....tolong aku...tp siapa yg mampu mendengar jeritanku ini...sudahlah hitam...dibw lari dlm gelap malam pulak tu...isk3..(kurang asam punye pencuri...)..aku merana...ntah bagaimana jodohku masih lg dengan tuanku...tanggal 2009 polis yg baik hati telah menelefon beliau supaya mengambilku yg hampir punah..aku diangkut dgn lori...akhirnya smp jugak aku...hehehe...

dalam girang ade sedihnya...sekembalinya motor abah yg dicuri 3 thun lps...wira kak tipot pula pergi buat selamanya...isk3 sedih...pertama kali aku melihat kak tipot begitu sedih sehingga menitiskan air mata kerana keretanya itu...(sape tgk dasat wo...) ternngiang2 lg di telinga ini...katenya.."pah tgk dia kt jpj td kena tinggal...sedih hati pah...nangis pah"...alala...cian kak tipot..."pah bli dgn titik peluh pah...dia da xde...mlm ni dia tido umah org lain...isk3"...smbil menangis...ni sume gara2 gurauan abg shukri...mulanya kak tipot ingt suaminya bergurau...skali betul da...dia jualnya kete tu...sape x sedih ma...haha...kesian pulak aku tgk...nk tjuk gmbo...xde plak amik...xpela..nnti i hasut abg shukri bli ixora...haha...manyak duit!

Wednesday, May 27, 2009

Tak mungkin kulupa

erm...28 hb Mei 2009..setahun sudah berlalu sejak kali pertama aku menjejakkan kaki di lapangan terbang Jeddah utk meneruskan perjalananku menunaikan umrah. Entry kali ni khas ditulis menuruti perintah kakakku yg seorang lg...iaitu tipot a.k.a boot.

26 hb Mei 2008
aku, mak, abah, kak tipot, maklang n paklang n makcik mula berangkat dr Melaka ke KLIA lepas Maghrib...Sesampainya kami dlm pukul 10 kalo x silapla...Suppose flight pukul 1 pg...tp delay ke 3pg...tgu dgn penuh kesabaran...delay ke 5 pg...org yg menghantr kami pun da naik letih menunggu...akhirnya smp juga masa yg dinanti...kami pun bersalam-salaman...

27 hb Mei 2008
Naik flight BIMAN airlines...itu kapal terbang Bangladesh punye...inila first time aku naik flight...xde la gayat,cume gementar sedikit...tp ok je lps tu. Dlm flight semua berpecah..mak tmpt lain, abah tmpt lain, kak tipot tmpt lain dan aku juga tmpt lain...kalo x silap, perjalanan takes about 5 hours utk smp ke Dhaka, Bangladesh. Sesampainya di sana...kami sgt terkejut dgn keadaan di luar airport...Ya ALLAH...rusuhan ke ape ni?rupenye bru aku teringat...sblm berangkat, nek esah (org yg uruskan umrah kami) da pesan, kalo smp di Dhaka nnti, jgn sesekali bg duit atau makanan or minuman...bukan kedekut...tp demi menjaga keselamatan sekeliling...sbbnye kalo kite bg pd sorang...org lain akn berebut smp bole terjadi pertumpahan darah...Kami tgu di luar airport...ALLAHUAKBAR...ramainya org disekeliling airport (airpot Dhaka dikelilingi pagar)...sumenye menjerit2 minta tolong diberi rezeki...dlm hati aku...YA ALLAH...begini rupenye keadaan negara ini...kasihan...mase naik van utk dibawa ke hotel, mmg kurasekan driver van di Bangla teror utk membelok ke kanan n ke kiri...sbb sebatang traffic light pun kami x nmpk...byk beca kt sini...smp hotel, kami rest secukupnya...sbb mlm da nk berangkat semula utk flight seterusnya ke Jeddah

27 hb Mei 2008
Setelah keletihan selama 6 jam dlm kapal terbang...smpla kami di airport Jeddah. ALHAMDULILLAH...mase smp tu aku pun xtau jam pukul brp sbb jam yg kupakai ikut waktu Malaysia...xingt pukul brp..tp yg pasti..bila aku smp...ramai umat manusia sedang solat di Lapangan terbang...xkisah di ceruk2 mane...pasti ade yg menunaikan solat...asal tmpt itu diyakini bersih...tanpa berlengah, kami mencari bagasi masing2 utk menunggu bas yg akn membawa kami ke Madinah.Mmg benar kata semua org...pergi ke tanah suci perlukan kesabaran yg tinggi...Bas kami rosak di pertengahan jalan, tp ALHAMDULILLAH...segalanya baik semula...Lebih kurang waktu Zohor kami smp ke kota Madinah...Masjid Nabawi tertatap di mataku ketika di dalam bas lg...Kami terus ke hotel dan menguruskan hal masing2...Mlm itu kami, terutama aku n kak tipot menyaksikan keindahan dan suasana di Masjid Nabawi...SUBHANALLAH...selepas solat Isyak...kami pulang ke hotel utk diner..then lebih kurang pukul 10 kami pergi ke Raudhah...YA ALLAH... masih x dpt dilupa saat aku masuk ke dalamnya dan menunaikan solat...keadaan mase tu agak kelam kabut n x selesa kerana rmai umat manusia yg berebut utk masuk...kami rase tidak sempurna malam itu..jd kami berhajat utk pergi lg...

Masa duk kt sana, mak byk kali pesan, jgn jalan sorang2, mesti berteman...mmg btul...xsah kalo kami x berkunjung ke kedai...Oleh kerana terlalu panas cuaca di sana...aku menutup seluruh mukaku dgn tudung...hanya spek n mata aje yg kelihatan...insaf aku seketika bila aku terleka dlm sebuah kedai. Toke kedai tu tersenyum melihatku smbil berkata MasyaALLAH...ini mcm sy bole tgl di Malaysia...huhu...tiba2 ketakutan menyelubungi...aku terus keluar dr kedai tu...walopun kak tipot n paklang masih ade di sana...apa lg..mereka berdua mentertawakan aku...insaf...huhu

Erm..mahu cerita detail xhabis plak nnti...xpela..aku singkatkan...akhirnya dapat jugak kami jejakkan kaki ke Raudhah semula...ALHAMDULILLAH...lame kami di dalam sana sbb langsung x ramai org...agak lengang tika itu...jd dapatla aku solat dgn tenang...Petang tu kami bertolak ke Mekah...selama 8 jam kami berada dlm perut bas

31 hb Mei 2008
Sesampainya kami di Mekah...waktu mkn mlm...jd kami mkn dulu..then ambil wudhuk semula..utk menunaikan umrah kali pertama...inila pengalaman pertamaku yg aku xdpt lupakan...saat kali pertama kaabah di hadapan mata...air mata menitis kerna xku sangka kaki ku telah menjejaki Masjid Haram..dan Kaabah terbentang luas di mataku...aku tawaf, saie, bertahlul...bru aku mengerti...selama ini hanya dr buku dan cerita mak abah...aku kurang jelas...tp bila da alami sendiri...bru tahu cara yg betul..ALHAMDULILLAH...byk perkara yg aku belajar dr tanah HaramMu ya ALLAH...

ALHAMDULILLAH...aku dpt melaksanakan umrah...mungkin x sebyk org lain...tp aku tetap bersyukur kerna dlm cuaca yg hangat aku masih diberi kekuatan utk melaksanakan tanggungjawabku...

9 hb Jun 2008
Selesai semuanya...kami melaksanakan tawaf selamat tinggal sblm berangkat semula ke airport Jeddah...suppose flight tghari...tp ditunda...ditunda...ditunda...smpla kami berkampung di airport sehingga 10 mlm...bru la flight ke Dhaka...Transit di sana cume sebentar...akhirnya jam 12 waktu Dhaka, kami diterbangkan ke Malaysia...mcm2 gelagat yg kuperhatikan dlm flight sbb sumenye org Melayu kita...communicate pulak dgn pramugari Bangla...ape lg...pening jdnya...hehe...

10 hb Jun 2008
ALHAMDULILLAH...smp juga kami di tanah air tercinta...aku dpt msj dr cikgu Rubina tepat jam 4 petang n kapal pun tgh landing...hehe...selesai semuanya....jam 6 petang kami bertolak pulang...wah..sesampainya di rumah...ade kenduri rupenye....campur skali cukur jambul Danish n Iddin...

Terima kasih Ya ALLAH...terima kasih kerna menerima kami di hadapan Kaabah.Bukan itu saje, sepanjang di sana, Gua Hira', jabal Rahmah, Jabal Nur dan mcm2 tmpt lg. kami lawati..Di Jabal Rahmah aku naik smp ke puncak seorang...huhu...tmpt bertemunya Adam dan Hawa...moga doaku dikabulkan.....andai ade rezki...smp lg kami ke sana...amiiin...




khas tuk kak tipot kite...hehe...sekian...