Sunday, January 17, 2010

Sebelum itu

sebelum berangkat..aku mahu coret sesuatu...ku tinggalkan rasa itu di rumah...tidak akan ku bawa ke tempat aku pergi...kerana kerja itu satu amanah..amanah yg menuntut aku di akhirat kelak. Ya ALLAH...aku agak kecewa tp biar ianya tinggal saja...Kau berikan aku kekuatan dan keikhlasan untuk mencurahkan ilmu pd pelajarku..Kau berikanku ilmu yg cukup untuk membantu mereka...amiin..wassalam

Thursday, January 14, 2010

Seumur hidup saya

For the Rest of My Life



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
BUT EVERYTHING WAS CHANGED WHEN U CAME ALONG
OOOOO

And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in jannah
Now I found myself I feel so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Saturday, January 2, 2010

Hadirnya Sebuah Mimpi

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang. Aku bukanlah penyair, bukan jua penulis lirik, aku tidak mampu berkarya sebaik org lain tapi aku mahu mencoret sesuatu buat dia...walaupun aku tahu dia tidak akan membacanya

Di mana harus aku mulakan
kali pertama meluah saat tak tertanggung
mulanya hadir sebuah mimpi
tersedar tetapi tidak kufahami
mengapa hati terlalu ingin mengenali
sedikit demi sedikit aku mencari
mula mencipta angan dari realiti

Bertahun-tahun menanti keajaiban
agar bertemunya dua insan
pernah melihat tapi tidak pernah tahu tentangmu
malah tidak pernah terfikir untuk mengambil tahu
segala kata yg tersurat menjadi tersirat

Aku mencari cinta di bumi ALLAH
menebus dosa membayar nilaian sebuah kehidupan
ku gagahi melangkah ke puncak jabal rahmah
menitis air mata menyebut namamu
Di bawah pancuran emas kedua tangan menadah doa,
tidak terhingga harapan yang aku sandarkan

Aku melihat dirimu tanpa bayang
istikharah belum ketemu jawapan
teringin benar bertanya khabar
tapi maluku masih menebal
bimbang diri tidak layak lalu dianggap lalang-lalang menghiasi taman
ALLAH...tangisan dalam hati masih begini
menanti jawapan seorang lelaki yang belum bertemu soal.

Satu hari aku terjatuh
tak mampu berdiri semula
tapi aku lihat dirimu melangkah terus kedepan
terasa diri makin tertinggal jauh
menanti dirimu menoleh ke belakang
datang padaku menghulur kata bahawa aku bukan lemah
tapi...kamu terus melangkah
mustahil untuk mendengar suaraku
kerna berkata tapi tak pernah meniti bibir

kerna dirimu aku mengenali insan-insan sekelilingmu
yang datang dan pergi dalam hidup ini tanpa sedar
tapi dirimu masih tidak hadir
mungkin ALLAH berkehendak lain buatku
hanya sandaran yang tidak layak ada harapan
mengajar aku menjadi lebih matang

Kini aku masih menanti
dirimu yang tidak pernah kukenali hati budi
pertemuan dalam mimpi menyentap perasaanku
lalu kucoretkan sebuah nukilan buatmu
puas mencuba untuk menyingkirkan tapi tak mampu
aku bimbang hanya nafsu semata
gementar pula menanti gagal
Aku membawa impian ini ke mana saja
mengharap ada jawapan dari ALLAH buatku
benarkah diri ini akan halal buatmu...

Monday, December 21, 2009

Perempuan menjauhi lelaki..mengapa?

Bismillahirrahmanirrahim...kali ini copy entry dr blogger. Mungkin byk sbb seseorg perempuan itu membenci lelaki..but for me...lebih elok jika menggunakan menjauhi lelaki. Antara byk ade 10 yg tersenarai..sekadar ingin berkongsi. Wallahualam.

Aku hamba yang lemah dan tidak layak bgku untuk mengadili seseorang


1. Panas baran

Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.blo

Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.


2. Mengongkong

Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.


3. Ego

Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.


4. Suka “cuci mata”

Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.


5. Main kayu tiga

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.


6. Tidak sensitif perasaan wanita

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.

Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.


7. Pentingkan kawan-kawan

Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.

Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.


8. Tidak tahu menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


9. Meninggikan suara

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


10. Penipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.


Mungkin ada yg tidak setuju dgn apa yg ditulis...erm..wallahualam...xtaula sape punye kajian ni..or saje2 tulis...ape pun kt sini cume nk bgtau...bukan lelaki shj yg dijauhi kerana sikap negatif mereka...tp perempuan juga ada... Tp personally, i'm really2 hate guys who r having no 3 attitude above. huhu..ape2 pun itu adalah fitrah...asalkan x melampau sudah... Apa yg perlu kita tahu...ALLAH telah mencipta kita dengan sebaik2 kejadian...syukur ats nikmat kurniaanNYA.

Friday, December 18, 2009

Harapan Ihsan ^_^

Dulu2 terdengar di tv ttg lgu ni...n adelah 2-3 kali dibg dgr free. Just wanna share the lyric

HARAPAN / HARAPAN IHSAN

Sehari-hari melintasi jalan
Sehari-hari melihatkan teman
Tak ada yang peduli kesusahan
Tiada yang pedulikan keimanan

Mengenang mereka yang telah pergi
Menenangkan diri yang amat sepi
Berlinangan air mata jatuh ke pipi
Bertandang bermohon pada Ilahi

Moga hidayah kan tiba
Moga dibukakan mata
Merasakan kehibaan
Hilangkan kedukaan

Demi masa yang ditunggu kita bersatu
Berkongsi harapan seperti yang dijanjikan
Kau dan aku beriringan selamatkan keimanan
Bukti insan dan cintanya pada Tuhan


(Devotees feat. Bro Salleh Brothers)
Lagu/lirik/susunan muzik: Dak mie (Bro. Azmi Barongan)


Kalo nk tgk video, tgk di link ini ye Harapan

Saturday, December 12, 2009

Bibik 2

Cikgu Rubina kate ade permintaan utk bibik danish 2. So, I try to do it..hehe...siap pun. Bibik rajin buat kerja rumah...tp rajin sgt2 bila sepahkan barang.haha...Kali ni bibik kena denda sebab saratkan rumah..mkn 'caklengkong'...di cetai2 jd mcm kristal ijau...habis lekit... Ok...

Thursday, December 10, 2009

Cyrine abd el nour - omry maak


Lirik arab

انا عمري معاك ان انت هنا وياية
ياشغلني سنين من نظرة عين انا بعشق فيك دنياية

ولا يوم في هواك زعلت معاك
دانا قلبي فداك وعمري كمان
ياحبيب العمر من وقت لؤاك
وانا حاسة ابتده مشواري

انا شفت غرام اجمل ايام
احلام حلوة بتاخدني
اول احساس من بين الناس
اخترتك تبقي معايا خلاص


Lirik campur2

انا عمري معاك ان انت هنا وياية
Ana 3omry ma3ak wkfaya in inta hena wayaya
My life is with you and it's enough, you are here with me
ياشغلني سنين من نظرة عين انا بعشق فيك دنياية
Ya shaghelny sneen min nazrat 3ayn ana ba3ash2 feek dunyaya
Oh, the one who makes my years busy with his eyes’ look, I love my world in you
ولا يوم في هواك زعلت معاك
Wala youm fi hawak za3alti ma3ak
Not even one day in your love, was i upset with you
دانا قلبي فداك وعمري كمان
Dana 2alby faddak wa 3omry kaman
My heart is your sacrifice and my life, too
ياحبيب العمر من وقت لؤاك
Ya 7abeeb el3omr min wa2ti lo2ak
Oh the lover of my life, since i met you
وانا حاسة ابتده مشواري
Wana 7asa ebtada meshwary
I felt that my walk has started
انا شفت غرام اجمل ايام
Ana shufti gharam agmal ayyam
I saw the passion, the most beautiful days
احلام حلوة بتاخدني
A7lam 7elwa bitakhudny
Beautiful dreams have taken me
اول احساس من بين الناس
Awwel e7sas min beyn en-nas
The first feeling from among people
اخترتك تبقي معايا خلاص
Ekhtartak teb2a ma3aya khalas
I chose you to remain with me and that’s it

suke mendengarnya...hik3...sja mahu berkongsi