Saturday, March 9, 2013

Tidak mahu

saya tidak mahu tahu apa-apa...
saya tidak mahu tahu siapa...
saya tidak mahu tahu dimana...
saya tidak mahu tahu kemana...
saya tidak mahu tahu mengapa...
saya tidak mahu tahu bagaimana...
saya tidak mahu tahu...


Monday, January 28, 2013

Haramkah (memori itu bertandang)

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

Wahai ALLAH...walaupun sy bru sj turun dr flight di klia td..dalam keletihan dan kelelahan..mata sy tertumpu pd lirik ini,,,lirik yg membuat sy tersenyum tika itu...sipemetik gitar memainkannya...dan tidak disangka...rupanya 'haramkah' drnya sudah lama bertamu di alam maya...sy mendengar..dan sy mendengar..dan saat jemari menari...masih saja sy mendengar..mahu saja mutiara gugur...

Saturday, September 15, 2012

Episod 1

Bismillahirrahmanirrahim... 
Rabu 12 september 2012
so cute n sweet
Normal day for me.as usual sy bersiap untuk melaksanakan tanggungjawab seperti biasa. punch card naik ke unit n letak beg. suddenly i heard many people sing a bufday song..oh ALLAH...they all know my birth date. malu juga ada kerna diri yg sudah meningkat dewasa ini masih terima lagu spt itu.terima kasih buat rakan sekerjaku... tutorial start jam 2..so sy mulakan kerja pengurusan dulu di office.jam 10.00 ex hosmet dr unit matematik naik ke unit sy..she smiled..fikir sy hanya mahu membincangkan soal rumah..rupanya2 dia keluarkan sebiji kek yg comel dari begnya.sahabatku memelukku..Ya ALLAH bukan kek yg kupinta cukup sekadar doa. Alhamdulillah..setelah hampir setahun kami berpisah rumah..akhirnya sahabatku bakal menjadi jiranku. sy xsunyi!syukran hidayah.such a lovely name. 


Jam 10.30 terima sms dari seorg plajrr lelaki..tulisnya mahu consultation hour jam 12. sesampai jam 12 bukan pelajar ini yg dtg..ttp 3 org pljr lelaki lain yg dtg dan menghantar assignment yg sepatutnya dihantar hari sebelumnya.niat dihati benar2 ingin menyinga..tp bila mereka bertiga tersenyum dan meminta maaf..terus sy batalkan niat sy. sedang leka melayan kerenah mereka...datang pula si pelajar llk yg menghntr sms sambil membawa kek. dibelakangnya ramai skali pelajar2ku...saya cuma melihat. Hanya bermonolog..ya ALLAH..inilah pelajar2 yg sering aku marah..inilah pelajar2 yg sering membuatkan aku naik hantu...apa yg mereka buat ni? sedang di hari tersebutlah pemantauan dr pihak atasan bermula..audit dalam mencari mangsa. Thanx my dear. Mereka xpernah menganggap saya memarahi mereka..."miss xgarang..tp tegas!"

one of my tutorial students  #just a fake smile



Wahai ALLAH...hanya KAU saja yang tahu apa sedangku tunggu..apa yg sedang bermain di fikiranku...jam sudah 1 tengahari..Kakak-kakakku ( rakan office) ..."selamat hari lahir my dear..jom jamuan di unit ko-k". once again sy dipeluk oleh kakak2 yg byk membantu dan memberi tunjuk ajar pd sy. Sesampai di unit ko-k..seorang pensyarah matematik bertny pd sy.."umur awk da berapa?'' "umur sy 23" yg mendengar turut tergelak bila sy berkata begitu.. "xyah nk tipu...cepat2 kawen tau". InsyaALLAH itu lah jwapan yg sy beri...sy melihat jam...hurm...berfikir lagi...namun tiada apa2.

oh...it's a pieces of cake
Jam 2 petng...barulh kelas sy bermula..ke makmal menyarung lab coat mencapai marker dan menulis apa yg patut. "For today we are going to continue our experiment..." belum sempat sy berbicara lebih...students yg ada di dlm mkmal berdiri dan mengucap selamat.. Oh my students...this is lab time...seorg stud perempuan msuk ke lab dan memegang sekotak kek..Syukur Alhamdulillah..tika itu tiada pemantau yg sedang berlegar..lantas sy capai kotak tersebut dan meletakkan di rak luar. No cake no song..continue with the experiment..kasihan mereka...namun sempat juga sy ucap terima kasih. 


Jam 6.30...sy pulang ke rumh ditemani seorng shbt yg ingin menumpng semlm dua.. Sy msih lgi menunggu..sepertinya kosong. melakukan aktiviti spt biasa di rumah.selesai kerja2 rumah..sy on netbook yg sudah berkurun x dibuka sehinggalah hampir jam 12. waiting n waiting. kenapa dgn saya ni?sudahlah cik khilkhir..noting about you...Lalu sy menarik bntal untuk menahan air mata yg xsabar2 untuk keluar. Apakan daya cik khilkhir..dia lemah...air matanya mencurah keluar..she just need  a little remembrance from the people she loves.nampak seperti desperate bukan? tidak! saya cuma menguji...tp rupanya saya yg diuji..di laman sosial fb..posted wall sy restrict kn..tarikh lahir mmg sengaja x diletak..kalau dahulu..tiada laman fb..tp msih ramai yg tahu..manusia kini bergntung pd fb. rsanya sudah merepek terlalu jauh. tiada siapa mendengar tngisn itu..dia tertidur...

seperti inikah dia?



Tulisan sy kali ini umpama budak yang baru beljar menulis...sy bukan orang seni untuk memperindahkan bahasa...sy bukn org bahasa untuk menyusun kata. tp sy cum manusia biasa. Tidak mengapalah...sy luahkan di sini saja. Sekurang-kurangnya rasa itu sy alirkan di jari jemari sy lalu dihntr ke papan kekunci dan terpapar di kaca permata hatiku. Kenapa episod 1? rakan2 saya berkata "episod sudah bermula"... wallahualam.





Wednesday, September 5, 2012

Tulisan hati

Bismillahirahmanirrahim..ku tunaikan jua hajat yg tertangguh.kenapa masih jua tentang hati? Ya...sememangnya ruang ini penuh dgn hati..lu'lu' qalbi. Hati saya bukan org lain.

Masing2 sedang sibuk membuat persiapan untuk raya esok. Tp sy mencuri sedikit ruang utk menulis. Sy xtahu nk meluah pd siapa jadi ditulis saja di sini. Di ramadan kali ini berlainan sedikit dgn ramadan2 yg berlalu. Inilah kali pertama saya bersahur..berbuka seorang diri sejak berpindah rumah. Tiada apa terasa sunyi atau gembira..cuma biasa2 saja. Alhamdulillah dapat berterawih di masjid kolej bersama students ( walaupun mereka sangka saya ini students juga..mana tidaknya..hanya berseluar track dan tshirt..itupun saya xkisah..seronok kerna tiada perbezaan kasta dalam beribadah). Tidak perlulah saya menceritakan setiap ibadah yg dilakukan, takut nanti bukan pahala malah dosa yg sy pikul.

Di ambang ramadan...
Alhamdulillah rezeki dari ALLAH, petang itu sy menerima anugerah dr jabatn sains. Mungkin ini hadiah ramadan buat sy. Petang itu juga saya terima sms dr kakak sy...

"Salam, rindu ramadan dariku untuk mu...terkenang terawih 2tahun lepas bila terdengar lagu ni...i teringat kat u menangis tersedu-sedu dpn masjid"

Saya tersenyum..terus mengimbau apa yg saya telah bazirkan dua tahun lepas. Tapi bila difikir semula saya belajar dari situ. Tangisan saya itu sesal sy terhadap apa yg sy perbuat. Alhamdulillah..ALLAH sampaikan hajat saya sekali lg untuk bersimpuh di hadapan rumahNYA  menghadap multazam mengangkat tangan dan menangis sepuas-puas hati saya kerana sesalan itu. Saya takkan berhenti berdoa kerna saya yakin ALLAH lebih tahu apa yg sy perlukan. Syukur..kerna saya diajar dari pengalaman itu.



Alhamdulillah sepanjang ramadan ini walau saya berseorangan..ada juga rakan2 yg sudi menemani saya bersahur dan berbuka.Sekarang.....jika diimbau 3tahun lepas...kami sekeluarga sedang sibuk didapur..tangan menyiapkan juadah tapi mata setiap kami didatangi air mata yang mencurah2 mengenang kakakku sharifah terlantar di hospital.

Di ramadan kali ini..mungkin ada sedikit perubahan yg saya tidak perasan..sehinggakan ramai teman2 sekerja bertanya kenapa saya kurang bercakap dan mereka menyangka sy punya masalah. As usual jika mereka bertanya...sy tersenyum dan menjawab... " masalah hati" ..senang untuk menamatkan persoalan.

Tulisan hati ini kutulis dipetang syawal...Tp hanya sekarang baru sy publish...

P/s: rajuk syawal itu sy simpan dalam2... Sy mahu jd antara yg pertama...tp sayang...sy hanya antara yang terakhir...



Sunday, April 1, 2012

Ini sahaja yang saya mampu

Bismillahirrahmanirrahim...buat detik ini....ini sahaja yang saya mampu tulis, ini sahaja yang boleh saya coret...saya tidak punya cara lain...YA ALLAH...sampaikan tulisan ini pada yang layak menerimanya. Bila ku bicara dgn kakak...katanya..." berangan xsudah! Cuba hidup dlm kenyataan.." saya hanya mampu tersengih dan tersenyum... Kata kakak...terima sahaja la apa kenyataannya...itu juga hanya senyuman yg dibalas.saya tidak kisah siapa yg membacanya..kerna saya hanya bicara soal hati saya..bukan ttg sesiapa. hanya ALLAH yang tahu apa yang bermain di hati..di fikiran saya..org lain tidak...dan setakat ini yang sy mampu tulis...

SHLAABS
SHLAABS
SHLAABS
SMLM KAMU....

Selingan sebentar...sy diuji dgn sesuatu...alhamdulillah sy punya keluarga yg sgt sayangkan saya. Tidak tersangka di benak sy...kakak2 sy mengalirkan mutiara mereka kerana mereka sayangkan saya...saat itu sy tidak tertanggung dgn perasaan tika itu. Abg2 sy juga sanggup menapak mendapatkan saya...apatah lg kedua org tua yg da melahirkan saya...tangisan mereka...pelukan mereka membuatkan saya diam bersama mutiara...terima kasih kerana menyayangi diri ini...ALLAH...syukur kerana KAU beriku mereka dalam hidupku...


Terima kasih ya ALLAH...KAU berikanku sahabat2 yg memahami keadaanku tika itu juga saat ini...dan kerana itu juga muncul 3 pilihan yg perlu sy pilih buat hidup saya...ALLAH...permudahkanku...berikanku jawapan setiap pilihanku itu...amiin ya rabb..

Saturday, March 31, 2012

Immunity & Coordination

Now lecture smp tajuk ni..so..untuk x lupe..just tulis kt sini..

1) structure antibody - hold by disulphide bridge bukan bond
2)transmission impulse - influx of calcium ion via calcium ion channel at pre synaptic knob, trigger membrane of synaptic vesicles to fuse with membrae of pre synaptic by EXOCYTOSIS..Stress on word exocytosis

Monday, February 6, 2012

hypocrisy

Sebelum sy menulis ttg apa yg bakal sy tulis, pesanan utk yg BERKENAAN yg meminta sy menulis kembali, sy menulis di blog sy ini bukan kerana yg berkenaan ttp atas kemahuan sy sendiri.sy x peduli pd sesiapa juga atas kemahuan sy sendiri. Jadi, tolonglah mengerti yg sy XMAHU dan XNAK.

Bukan hal diatas yg mahu sy bicara. Pura-pura? Ya itu diri saya. Pura-pura senyum, pura-pura ketawa, pura2 hepi. Kenapa? kenapa dan kenapa? SBB sy nak ORG LAIN gembira, sbb sy nk ORG LAIN mahukan sy tika punya masalah, sbb sy nak ORG LAIN merasa saya ini diperlukan tika mahu meluahkan sesuatu....tp jangan lupa....sy juga punya hati...sy juga teringin diperlukan tika ORG LAIN GEMBIRA...

Apa puncanya? puncanya saya sendiri...terlalu nampak tenang bila menjadi pendengar, terlalu memikir org lain, terlalu teruja satu ketika dahulu. Akibatnya....sekarang...sekarang...sekarang! Saya tak tahu apa kedudukan sy sekarang. Apa saya ini perlu untuk condong ditumpil lemah dianduh saja...Terasa mahu menulis perumpamaan kerana saya yg SEKARANG ini juga lahir dgn perumpamaan seseorang. "Tiada rotan akar pun berguna" Saya menjadi org yg baru dengan perumpamaan itu. Air mata saya tidak pernah lelah dengan perumpamaan yg diberi. Kerana itu la saya tidak kuat...tp sy cuba dan terus mencuba untuk ketawa kerana org lain perlukan sy...kalo sy sendiri tidak kuat, macam mn nk tolong org lain. Sy putuskan biar perasaan ini dgn air matanya..dan bila mana sy rase ingin menangis...sy luahkan saja...pd siapa? sy menangis sendiri...dirumah ini sendiri, so hypocrite of me!

Always think negative...susah sgt untuk berpositif...SO BAD OF ME. sy manusia biasa..kadangkala mahu diingati tanpa mengingatkan. Saya ini bukan org yg pandai mengungkap kata sayang, rindu, kasih pada org...sy sgt x reti untuk menulis itu...mungkin sbb itu sy kena main. Ya...kata2 itu mmg bisa membuat org tersenyum dan gembira kerana disayangi, dirindui, dikasihi...tp sy bukan seperti itu...sy xtahu bagaimana untuk menulis perkataan2 itu secara terus..jari sy x pandai. Tapi hati sy...hati sy...hati sy mengerti perkataan2 itu...Cukupla satu ketika yg dulu sy diadili...sy xnk diadili lagi..tolong saya...

Saya tidak pernah sesal dgn apa yg terjadi, dan sy tidak mahu menjadikan org lain sbg punca dan asbab sy jd begini. Just becauce of me..hanya sayalah penyebabnya. Saya tak mahu meletakkan beban atas bahu org lain sedang puncanya adalah saya sendiri.untuk apa saya melabel org lain sbg punca kalo ternyata sy inilah dalang kepada diri sy sendiri. Bukan ini yg saya mahu tulis..tapi...Oh ALLAH..sy ini sudah tidak tahu bagaimana untuk meluahkannya lagi..sy takut sy give up dgn org lain... Sy lepaskan geram disini..geram kenapa? sy geram dgn diri sy kerana sy mahu menangis sendiri...semuanya mahu buat sendiri...'independent' sgt...Puncanya? puncanya saya lah...bukan org lain...

Mlm tadi terbc tulisan pd satu gmbr di fb " MENANGISLAH...JIKA ITU YANG MAMPU MEMBUAT HATIMU LEBIH TENANG,KERANA ALLAH KASIH PADA KITA, ALLAH CIPTAKAN AIR MATA".alhamdulillah...sy tenang membaca tulisan itu..sekurang2nya tulisan itu menjadi teman sy..Wallahualam.

tibe2 mahu letak gmbr sy yg sedang menulis nm sy di atas pasir..tp sy lupa apa yg sy tulis itu sudah hilang...tulisla di batu sekali pun..batu juga akan hancur...sy tidak punya gmbr yg baru..sejak dr itu...sy xpunya gmbr..sy xbawa kamera sy lg...sbb senyuman yg bakal sy ukir dalam gmbr itu ti cuma bohong...hati saya xdpt dibohongi..maafkan saya...

p/s: terima kasih kpd kamu yg berjaya mengubah sy menjadi seperti ini.benar2 terkesan dlm kehidupan sy. tp maaf, bukan ttg kamu yg sudi untuk sy tulis...

Saturday, January 21, 2012

Di mana....

..........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................tidak di sini

Friday, September 30, 2011

Sendiri

Sudah 2bulan lebih cik khilkhir x update blog ni...dulu kate nk update after induksi tp da bis pose n da bis raya...xjugak update..so hari ni cik khilkhir nk menulis...tp cik khilkhir x tahu nk mula kt mana..byk sgt yg da terjadi spjg 2bulan lebih ini...cuma skrg ni cik khilkhir sdg memulakan penghidupan baru seorang diri..semuanya buat sendiri..cik khilkhir kena belajar :) pengalaman byk ajar cik khilkhir...sabar..tabah..org sekeliling cik khilkhir datang dan pergi..cik khilkhir xtau nk tulis apa lg...nnti update lg...tatata.....jaga diri..hiasi peribadi..hati xdpt dibohongi....

Tuesday, July 19, 2011

Ur face turn to red..plz dont be like this

ALLAH...ALLAH...ALLAH...jam hampir 1pg..mata ini mengantuk ttp mahu saja jari jemari ini berlari di atas keyboard. Mahu saja kucoretkan apa yg berlaku siang td. Selepas berbincang, cik khilkhir ambil keputusan utk tangguhkan kursus kahwin tu...cik khilkhir perlu attend kursus effective language.tp niat dihati cik khilkhir mmg nk mintak excuse dr kursus tu. tp apekan daya...cik khilkhir cuma mkn gaji.

Cik khilkhir rase terlalu sesak dengan apa yg terjadi dan apa yg bakal cik khilkhir lalui..ALLAHUAKBAR...td dlm meeting..nama cik khilkhir disebut bbrp kali...1st bilamana cik khilkhir bakal dipantau mgu dpn just before cik khilkhir terbang ke mersing...smp ke hari last kt kolej pun masih ada ujian...redha...2nd...nama cik khilkhir lagi disebut..ttg class ranking...alahai..knpla budak2 score sgt..cik khilkhir takut x tertaget nnti...pengerusi nk pantau kelas yg rank 2 ni...dugaan2...muka cik khilkhir terus berubah..sgt risau...

cik khilkhir byk pikir...sbb jadual cik khilkhir terlalu pack rasanya utk mgu ini...opss..bukan..utk bulan ini! bulan 7 ini kan bulan penuh siksa bg cik khilkhir...mgu ini apa yg berlaku? 3rd..nama cik khilkhir dipanggil lg...cik khilkhir kena buat menu pamplet utk majlis anugerah esok di hotel...huhu...kerja last minute..cik khilkhir baru sj diberitahu kena sediakan pamplet tu...smp cik khilkhir terfikir...muka cik khilkhir ni ade bentuk komputer ke ek? sbb apa2 pun ttg web, grafik, komp..semuanya cik khilkhir...dan terbaru ni my name has been given as a pakar sketch up google..ohoho..what was that? tp apa2 pun cik khilkhir akan galas amanah ni...inikan tanggungjawab...kerja itu kan satu amanah..i enjoyed it even kadang2 stress smp tersengih sorang2...(ketawa dgn menangis xle nk beza..mcm mn tu ek?)

Fuh..bermula jumaat ni habis saja pnp...petang ade seminar keselamatan makmal, malam pula cik khilkhir kena bg extra lecture, keesokkannya...sabtu dan ahad cik khilkhir kena attend kursus di kolej, hari isnin cik khilkhir akan dipantau dan petang isnin cik khilkhir terbang ke mersing smp la hari khamis, dan khamis pg cik khilkhir kena sit for exam...habis exam terus balik...utk keje hari jumaat...n...yg paling mendebarkan balik je dr mersing, my stud pula sit for mid semester exam...
dalam meeting my fren ckp ni "ur face turn to red..plz dont be like this"..cik khilkhir cuba tersenyum juga :)

Mak abah ada pesan...kalo bole balik sebelum puasa...tp apakan daya..nampaknya mcm xdpt...Mak...abah...maafkan org...org x dpt balik...sbb ape?sbb org xnk tunjuk muka pura2 ni...tgu smp muka org ni jujur dgn segala perasaan bru org balik..." maafkan cik khilkhir...oklah...cik khilkhir nk titon dulu...nnti2 or maybe after kursus bru cik khilkhir smbg balik k..jgn rindu2..(ade ke org nk rindu kt cik khilkhir yg slalu merapu ni...insyaALLAH ada...tata..jgn nakal2...wassalam...)

Wednesday, July 6, 2011

Begitu kisahnya

Tepat jam 4.15 kali pertama berdiri dpn mesin punch card...belum pernah cik khilkhir balik seawal itu. Cik khilkhir harus ke suatu tempat yg xbole ditulis di sini. Ditemani seorang rakan sekerja.hanya dia seorang sj yg available waktu tu.org lain sume hati mereka da berbolak balik dah xtentu arah nk balik kg halaman masing2. entah knp mgu tu sgt ramai yg tersiksa jiwa raga nk pulang...cik khilkhir sudah semestinya...pn sarah balqis pulang ke sbk bernam, cik aisyah pulang ke semanggol perak, cik suraya pulang ke muar, cik ain balqis pulang ke segamat, cik yana balik ke kl dan ramai lg. bukan setakat itu saja...cik khilkhir dlm keadaan yg x brp nk stabil emosi terus jumpe ketua jbtn minta cuti hari isnin bersama2 cik aisyah..setelah merayu utk 1 hari tu..dptla akhirnya...pandai2 la buatt muke seposen...

setelah urusan cik khilkhir di suatu tmpt itu selesai, rakan cik khilkhir hantar ke stesen teksi gmbg..tgu bas..spjg perjalanan cik khilkhir rehatkan minda sepuas2nya...mls nk fikir beban kerja dan sebagainya...balik kg utk bercuti saja...tepat jam 11 mlm...flight arrival...sblm kaki melangkah turun smpt cik khilkhir mohon pd ALLAH... "Wahai ALLAH...KAU Maha penyayang...bantuku...ukirkan senyuman di wajahku walau sedikit bila aku berdepan dgn kedua org tuaku..jgn KAU biarkan setitik pun air mata ini jatuh didpn mereka"...Kaki melangkah dan terus melangkah...cik khilkhir nmpk abah...trus salam dan cium tgn...abah memeluk cik khilkhir lantas menangis...dia tahu apa yg bermain difikiran cik khilkhir...tp ALLAH Maha kuasa..DIA kuatkan hati cik khilkhir...Sesampai di kereta, mak sudah menunggu...Cik khilkhir salam dan cium tgn mak...Mak menangis juga malah lebih hebat dari abah...air mata ibu mana a bisa cik khilkhir tahan..mahu saja cik khilkhir turut serta..tp ALLAH bantu cik khilkhir utk tidak mengeluarkan setitik pun mutiara itu...mak kate dia terlalu rindu...ALLAHUAKBAR...ku tahu apa yg bermain di benak fikiran org tuaku...mereka menangis kerana mereka tahu apa yg telah kulalui...tp cik khilkhir membiarkan sj...dan terus cik khilkhir tukar topik " imam muda hassan menangkan mak..td hosmet org msj..." terus dia terlupa dgn tangisan itu...

ALLAH...terima kasih Tuhanku kerana menolongku...Cik khilkhir ini biasanya goyah imannya..tp kali ini Cik khilkhir keras hati...terpaksa berbuat begitu...dan alhamdulillah...akhirnya cik khilkhir berjaya melalui 3 hari di rumah...mase nk naik flight semula smlm..cik khilkhir nmpk mak nangis lg..tp cik khilkhir buat2 x nmpk..Balik kali ni mmg penuh bermakna sbb cik khilkhir cuti secuti cutinya....sbb cik khilkhir tahu..once cik khilkhir melangkah semula ke kolej...banyak amanah yg cik khilkhir perlu galas..tanggungjawab yg bakal menuntut cik khilkhir di akhirat kelak...dan bulan 7 ini cik khilkhir rase adela bulan yg agak tersiksa bg cik khilkhir...drpd 1 hb smp la 31 hb nnti...esok ada pemantauan slm 2 hari, kursus effective language yg bertindih dgn kursus kahwin...(cmne ni...yg 1 kena jd ajk..yg 1 lg ni kalo x pegi kali ni...jbtn agama islam kate mmg lambat lg...huhu..duit da byr...buku gerbang perkahwinan x bukak2...apatah lg buku perintah am...slps kursus2 tersebut cik khilkhir kena terbang ke mersing pula...kursus 3 hari...ada exam lg...dan balik drpd kursus baru la anak didik cik khilkhir yg berjuang utk mid sem exam...begitulah kisahnya....cik khilkhir nk titon...ngantuk sgt....td balik dr kolej pun jam 7...meyiapkan apa yg patut...esok kelas pg..jam 8...

~ YA ALLAH KAU BANTU LAH AKU SBG HAMBAMU YG LEMAH...BANTU HAMBAMU INI UNTUK MENGHADAPI APA JUA DUGAAN...DAN KAU BANTULAH AKU DALAM MENJAWAB PEPERIKSAAN NNTI....AMIN YA RAABB~

Monday, June 27, 2011

Sesekali 'on'

Bismillahirrahmanirrahim...bila jarang di alam maya ni byk juga perkara yg terlambat smp di pengetahuan cik khilkhir. dan rasanya masih belum terlambat utk cik khilkhir ucapkan selamat hari bapa pd abah...cik khilkhir sygkan abah dan abah sgt sygkan cik khilkhir.kalo bole dia kate dia nk masukkan cik khilkhir dlm perut dia...bukan perut mak..haha...dan kalo bole dia nk cik khilkhir ni kecik je x beso2.tp lumrah hidup...ALLAH xberkehendak begitu.

Sesekali on, terbc di fb mdm sakura (menggodam fb org sbb diri sendiri xde fb), cik khilkhir dpt tahu abg cik khilkhir da lulus presentation tu phd nya...alhamdulillah...tahniah abgku. kalo x silap bulan 11 ni balik la dia ke bumi Malaysia ni.bermakna budak itam pun kena bawak balik...

Sesekali on, terasa nk update blog...tp asik malas je...dan malam ni tibe2 terajin pulak..sedangkan byk lg keje nk buat...assignment x start lg..lab report x bertanda, study x abis lg.huhu.so tertulisla sesuatu yg merepek ni.

Dan sesekali on, teringin utk 'berbual2' atau lebih senang utk meluah sesuatu utk bercerita, tp....nmpknya tiada yg mahu cik khilkhir di alam maya. tidak mengapalah...mungkin cik khilkhir cuba menyibuk saja di kehidupan alam maya itu...jd biarla cik khilkhir luah kan semuanya di sini.Cik khilkhir akan cuba tersenyum dan bila menulis dgn org cik khilkhir akan sentiasa buat lawak yg tah apa2 (tapi hakikatnya cik khilkhir sedih).xnk lyn pun xpe.

Sesekali on, cik khilkhir akan teringat kenangan dahulu (mcm lagu all one tu) tu yg cik khilkhir x suke tu. Jahat sungguh la org yg slalu buat cik khilkhir teringat segala hal ttg alam maya ni. dasyat sungguh.xbaik dan x adil sungguh cik khilkhir rasa.tp apekan daya..itu bahagian cik khilkhir. ALLAH da tentukan itu buat cik khilkhir. tibe2 rase nk post semua lirik lagu all one...kenangan dahulu..ha..ni dia..dulu da penah post...bersama2 dgn lgu sandaran harapan yg bg impak besar dlm hidup cik khilkhir sbb smp detik ini lagu ni menyebabkan mutiara jernih x pernah lelah utk mengalir...

KENANGAN DAHULU

Dahulu
Hidupku sepi umpama tak berteman
Namun dgn izin-Nya kita ditemukan
Selangkah kita menyusur dugaan yg mendatang
Tidak pernah jemu menempuhi dugaan dlm mencari keredhaan-Nya

Bagaikan cahaya menyuluh di segenap dlm hidupku
Di situlah kita mencorakkan hidup walaupun adakala ku tersungkur
Namun kau tetap setia di sisi
Tangan yg kau hulur seakan mengerti perasaan ini

Kini
Perpisahan kan terjadi
Ku rela undur diri kerananya
Ku doakan kau bahagia dunia dan akhirat
Patrikanlah kenangan kita dahulu

artis: All One

okla...makin lama menulis makin cik khilkhir merapu. Cik khilkhir nk mkn jap..td beli lauk kt sapar mlm..so masak nasi je..thanx to hosmet cik khilkhir..dayah sbb blanje kami kfc sorang sekotak mlm td...dan thanx a lot to yana sbb bersusah pyh minta lagu2 dr studentnya walopun cik khilkhir xmahu ambil tahu. n thanx juga pd cik shakila sbb tiba2 menyergah cik khilkhir dan menyuruh cik khilkhir membeli album devotees...smp cik khilkhir tny pd cik kila..knp dlm ramai2 org kt sini cik kila suruh cik khilkhir...ape kaitan? cik kila kate sbb cik khilkhir minat nasyid...ohoho...sbb itu ka? tgkla...ari ni jumpe lg cik kila di surau...cik kila tny lg...bila mahu beli...cik khilkhir gelak...cik khilkhir jawap cik kila doa la byk2 pd ALLAH supaya ALLAH bukakan pintu hati cik khilkhir tuk membeli album tu. tp yg klakar x smp sehari...yana pulak dtg membw info tu..hoho..yana kata nk panggil cik khilkhir nnti bila studentnya dtg...jap..jap..jap...ni ape kes? ade kaitan? sape mereka dan sape cik khilkhir? tah la...mls ambil tahu tp asyik diberitahu...sesekali on...ni la dia cerita cik khilkhir yg tah apa2...

Sunday, June 12, 2011

Fb? knp?

"cik, knp xde fb? susah kami nk contact cik nnti" ..."knp awk xde fb...susah nk tag gmbr...dulu kan ade...on la balik"

Pertanyaan demi pertnyaaan...jawapan yg kuberi cuma senyuman yg tah ade nilai ataupun tidak. Lantas jwpn ringkas insyaALLAH satu mase nnti. Benar dulu ada...tp skrg tidak lagi...pernah juga shbt2 bertny knp tutup? tidak ku terjawab dgn soalan itu. Biar di sini saja kuluahkan.biaasanya kita tdgr org tutup akaun fb ni sbb bosan...sbb byk sgt peminat..sbb gaduh2 ni xnk kenal yg ni nk kenal..nk larikan diri agar dicari dan mcm2 lgi..yg tutup buka tutup buka akaun pun ade...(yg ni punye kes tidak la diketahui apa yg ade dipikiran org spt itu).

Knp cik khilkhir menutup akaun fb nye?hurm knp ya? tolong jawap cik khilkhir...dia menutup akaun fb nye sbb disitulah tempatnya dia mendpt pengalamn hidup yg xkan pernah dia lupa seumur hidupnya. Krn pengalamn hidup itu lah mutiara jernih itu x pernah penat hingga sekrg. mmg agak lucu dgn alasan itukan...tp itu la nyatanya...cik khilkhir xkuat walau sudah berhari2 sudah berbulan2 dan even setahun...Permainan cik khilkhir membuatkan diri jatuh sendiri dgn dunia asing itu. Dia serik...sgt serik...tp dia ttp berdoa agar ada keadilan buatnya. ALLAH mahu cik khilkhir berdoa byk2 supaya cik khilkhir x lupa pada penciptaNYA.

ALLAH...aku bermonolog lg dgn diriku sendiri. Kuatkan hati ini wahai tuhanku... Ku yakin harinya akan tiba. Dan mungkin di hari yg ada hilai tawa suka dan bahagia itu..aku akan menapak dan bersimpuh di tempat bersujud di mana saja kakiku berhenti melangkah...Ku mohon agar mutiara itu tidak mahu ketemu dgnku di hari itu...

~~~~maafkan aku kiranya x tertanggung segala rasa di hati ini...كلام ومش ناسيه~~~~

Monday, June 6, 2011

Weekend..oh mak..oh abah...

Tepat 4.30pm, tutup netbook n terus punch out. Mdm sherry n suami sudah menunggu di luar. Kali nni pulang ke kg bersama mereka.kebetulan mdm sherry pulang ke kg mertua mgu lps n terlanjur pulang kg..tumpang sekali.smp di rumah ramai jga yg ada termasuk kak long n bang long, ain, mdm sakura..kami menonton tv ramai2..seronok..jam 12 pm..masuk tido..sblm tido...berbual dgn mak smp mata ini terlelap tah bila... keesokan harinya ke bndr utk hntr budak c6 jumpe dr..tp malangnya tutup pula kedai..pulang ke rumah..hntr mak n maksu ke kenduri kahwin sambil menunggu di dalam kereta..niat di hati mahu juga ke majlis itu..tp diri x pkai yg sesuai. ambil keputusan, tgu saja. Balik saja, terlelap sebentar di ruang tamu..2.30 ptg..mdm sakura ajak keluar ke mc...siapa lg yg jadi drivernye kalo tidak diriku.smp di rumah abg jam 4.30. mungkin aku terlalu letih...langsung tertido...(asik tido je..actually bole kire dgn jari bila masa diri ini tido selain waktu mlm)..tp masih mampu terdengr kata2 mak kpd anak sedara ku yg sulong " ain, ambilkan maksu ko bantal..kasihan letih sgt atas lntai pun jadi." mata terpejam tp telinga masih berfungsi :) ni kes buat2 tido ni.. mak angkt kepalaku dan letak bntal.. xlama lpas tu, kudgr di dapur agak riuh rendah..xjadi teruskan tido...then ke dapur duduk berbual dggn kak long..actually umah mama buat kenduri sikit..jd kami2 ni tolong apa yg patut..mak buat teh susu..my peberet satu kole beso lg khas utkku...alangkah bes nye...ni kalo abg pali ade confirm dia dulu kena offer...nasibla dia xde..so adiknya yg dpt layanan istimewa.
petang2 bersantai bersama keluarga..mdm sherry yg baru belajar mengurut, ambil minyak kelapa lalu disapunya ke kaki ku yg sudah lama biru xtahu kenapa...sejak kayak 3mgu yg lalu..sakitnya x pernah hilang.menahan sakitla jawapnya...DAN....ini point utama...tersentak dan sgt tersentak bila abah mak mengutarakan soalan yg x kusangka keluar dr mulut mereka... "Abah dgn mak tgk..ko ni ade masalah ke dik...langsung x ketaawa..senyum...knp senyap je..?" belum sempat aku menjawap apa2, abah berkata lg " kalao ade masalah jgn pendam..cube cerita dgn mak abah..." Sambil tersenyum ku jawap..xde ape2 pun...mana ade masalah bah mak..xde la..smbil tertawa kecil.. Sempat juga mdm sherry melawak "dia ni kalo ade masalah pun..masalah hati dan perasaan je" kami ketawa kecil..sempat juga ku mengcover "ade bah..ade masalah...masalah duit...hehe..bak sikit" gurauku...abah nmpk serius..terus kami membuka topik lain...

Dalam benak fikiran ku dalam akal sihatku dalam hati kecilku...seandainya aku punya 1001 masalah...tidak akan ku kongsi dgn org tuaku...tidak ku mahu mereka terbeban dgn masalahku..tidak ku mahu mereka menanggung dukaku..tidak kumahu mereka menadah sebyk mana air mataku yg gugur. Ya ALLAH...hampir saja mutiaraku ini jatuh berderai kerana mendengar pertanyaan org tuaku...bru ku sedar...rupanya rasa hatiku ini membuatkan hingga aku terlupa utk senyum dan ketawa didepan org tuaku..Wahai tuhanku..aku memohon...seandainya senyuman ini sukar...sekurang2nya Kau kuatkan hatiku utk secalit wajah ceria itu muncul dihadapn kedua org tuaku..

Dan beberapa jam yg lalu...henfon ku berbunyi tertera nama abah...dan sekali lg...ku dengar dgn jelas...tangisan mak...terpaksa kutahan..mak abahku mungkin sunyi sbb aku da balik ke sini utk amanahku..dan mdm sakura pula ke shah alam ikut suaminya...musin cuti sekolah ni tambahan pula anak2 kecil xdtg kerumah...lalu kumatikan talian bila mak kata dah...apa nk dikata aku ke sini bukan utk main2...tp kerana amanah yg aku galas...ALLAH..mutiara ini jatuh lg...

lu'lu' qolbi...xpernah sedetik aku melupai itu...pintaku wahai ALLAH...kebahagiaan itu tetap akan kucari selagi kumampu..kembalikan senyumanku yg hilang setahun yg lalu dek kerana kesalahan yg tidak kuperbuat....ya Tuhanku...aku benar2 merindui wangian raudhah...jabal rahmah yg kujejak..izinkan hambaMU membetulkan apa yg tersilap...aminnn ya rabb

Monday, May 16, 2011

Wahai ALLAH

Wahai ALLAH...seandainya ini semua boleh hilang dengan memejamkan mata walau sekelip, pasti aku menjadi insan yg tidak bersyukur. Ya Tuhanku, aku tidak akan berputus asa dengan doaku. Keyakinanku tidak akan berkurang terhadapMU walau ini dugaan yg Kau berikan padaku. Biar sujudku...air mataku menitik atas sejadah, tgnku menadah, aku pohon agar Kau kuatkan hatiku dengan semua yang telah aku lalui walau berbulan dan walau bertahun..jgn biarkan aku jatuh lg. Amin Ya Rabb.

p/s : byk mahu ku tulis tp belum berkesempatan.

Tuesday, May 10, 2011

Khas utk kamu

Assalamualaikum...hurm...ntah knp tp sy mahu juga menulis...sy mahu bertanya sahaja... siapa kamu? 2-3 hari ni sy terfikir ttg kamu...siapa kamu? siapa kamu? perempuan? lelaki? jika kamu berasa yg saya sedang menyoal kamu...jawapla sy... [ sy sedang confius]

Monday, May 9, 2011

Hari pertama

Alhamdulillah selesai sudah hari pertama aku bekerja. Ops, hari pertama untuk sesi baru. Pagi2 tumpang housemate sbb budak hitam tgl kt kolej. Berjumpa semula rakan2 setelah bercuti pjg. Di hari pertama juga la ku terima kad jemputan dari sahabatku yg akan bernikah sabtu ini. Alhamdulillah...bukan itu saja...ada juga yg sudah terikat :) Maha suci ALLAH yg mencipta manusia berpasang-pasangan.

Demi ALLAH, dalam hatiku niat untuk berkahwin itu ada. insyaALLAH andai ada rezeki dan jodoh...KAU tautkan lah hatiku ini dengan seorang laki2 yg benar2 ikhlas menerima aku apa adanya sbg seorang isteri. Kurangnya aku akan kucuba perbaiki...Rapuhnya aku akan kucuba teguhkan, sakitnya aku akan kucuba kurangkan.

Saat ini lagu Jawapan Rindu nyanyian Hafiz Hamidun berputar di meja office ku. ..

Terasa sesuatu
Persoalan memanggil
Di benak yg paling mendalam
sehingga menjadi ralit
Semakin jiwa dilanda
Gelora Sang Penanti
Semakin sukar difahami
Puncanya gelisah ku ini

Hanya kekosongan
Jua kehilangan
kurasai
Menghuni hati

Di mana kan ku temui
Penghujungnya resah ini
Seumpama ku menanti sejawapan Rindu
Di mana kan ku temui
Oh sinaran yg hakiki
Untuk menjadi penyuluh
Jalan didepanku
Hingga akhir waktu

Andainya kau temui
Cahaya yang ku cari
Sudikah dikongsi bersama
Sebagai teman mahupun sebagai kekasih

merenung bayangan jauh
Menatap pengertian
Menyelam dasar persoalan
Menyelongkar kemuncak maksud

Selamat pengantin baru sahabatku...

Sunday, May 8, 2011

Siapa dia pada mak...

Bismillahirrahmanirrahim...sebelum bercerita lebih lanjut...diri ini mahu mengucapkan selamat hari ibu pd mak dan datin2 a.k.a kakak2 ku...td sempat aku melihat satu gmbr lama aku n kakak2 n abg mase diriku kecil..tahun 88..maknanya aku berumur 2thun..akal sihatku terkenang...terimakasih mak...dan terima kasih kakak2ku kerana pernah memeluk, mendukung adikmu yg nakal ini (abg pali mengata aku kt fb...dia ingt aku xtau). Nak nangis da habis air mata la sejak 10 ramadhan terakhir dulu.

Tajuk entry sbnrnya lain dgn apa yg mahu aku tulis. Semalam di dapur smbil buat kek utk hantaran ank pak lang dan shbtku zulaikha, aku berbual dgn mak n mdm sakura.
Cik Khilkhir : Mak, smlm masa mak smbyg mokda tipon
Mak : Dia tny apa?
Cik Khilkhir : Dia tny pasal mak, dia kata rindu da lm x ckp dgn mak. dia tny yg ckp ni sape nm..nombor brp.
Mak : Ko ckp ape?
Cik Khilkhir : Org ckp nm org bgtau dia org yg pling kecik(bongsu)
Mdm Sakura : Sejak kecewa aritu bakal mertua xjd tu...dia xtipon ke mak?
Mak : eh x la...ade 2 kali dia tipon...da xde jodoh anak dia dgn ko nk buat cmne..
Cik Khilkhir : Mak...siapa dia pd mak?
Mdm Sakura : Amboi ko ni dik, mcm pelakon..mcm dalam drama cara ko bertny
Mak : Oh..ko tak tau? dia tu adik beradik moklong la...

Bila dengar mdm sakura menyebut perkataan pelakon...Aku tersenyum, pernah satu ketika aku menjadi pelakon. Lakonan yg akhirnya menyebabkan mutiara jernih itu x lelah mengalir smp ke hari ini. Lakonan yg aku cipta utk menyakitkan hatiku sendiri.ALLAHUAKBAR...sebesar ini impaknya. ( Oppsss...berhenti menulis seketika..mak masuk bilik..mencium dahiku T_T mutiara sudah ada di mataku)

Mungkin kamu tidak pernah perasan, apa yg aku tulis dulu, semuanya apa yg pernah dirimu beri. Pernah sekali aku hanya memforward semula pd mu tulisan yg kamu beri pdku. Itu jua kamu xperasan. Aku terpaksa lakukan itu supaya kamu tahu semcm apa yg aku rasa dan seperti apa tindakanmu tanpa akal sihatmu itu. Itu pun kamu tak perasan. Akhirnya aku terpaksa mengaku kalah atas lakonan aku dan saat itu tepat gugurnya mutiara di dpn masjid. Hurm..sudahla...maaf...aku menulis sbb hny disini sj yg bole aku luahkan. dan aku tahu tiada siapa yg membc melainkan cik khilkhir sndiri. Maaf skali lg...

Ya ALLAH..aku mahu bahagia seperti dia...berikanlah kebahagiaan pdku seperti KAU berikan bahagia pdnya..jgn biarkan aku bertatih semula atas semua yg aku x mengerti..Amin ya Rabb.. Amanah sedang menantiku...berikan aku kekuatan utk aku menggalasnya.

Friday, May 6, 2011

Ke mana?

Sedar x sedar sudah kurang lebih 2 mgu aku bercuti. Habis waktu smp 4.15 siap2 berkemas utk tgu bas pulang ke kg :) Saje nk tulis diari rutin harian apa yg aku buat bila balik kg...sblm tu reverse skit, masa di office 2 studs dtg jumpe aku..chinese girl n malay boy..both of them are excellent 4.oo la katekan. Dorang tny aku xg melancong ke luar negara ke cuti2 ni mcm pensyarah lain..tersenyum n aku kata lebih baik balik rumah tgk mak ayah sy..jln2 dekat2 sudah. ok..rutinku spt berikut (skdr tuk diri sendiri saje)

20/4 (mlm) - dlm bas balik kg..dan ditengah perjalanan aku tertidur.sedar x sedar kulelapkan mata dgn mutiara yg masih lg di pipi..setahun sudah berlalu (knp? biarlah cik khilkhir yg jwp)

21/4 - ke bank uruskan semua pasal perbankan
22/4 - kemas rumah bagai nk rak...xtahu kenapa..smp maksu tegur mak "ade org nk masuk meminang ke?"
23/4 - gi jusco bersama mdm sakura..petang buat kek coklat byk2...byk sgt...along, mak, ila..acik pun skali..tibe2 dpt idea...nk buat kenduri skit...kek da ade..leh smbut bufday mak...
24/4 - buat nasi ayam...tghari jemput semua datin2 dtg umah..petang mdm sherry ajak ke crystal bay dekat2 dgn umah ni. gi ramai2.best!
25/4 -29/4 - aku x ingt ape yg aku buat..tp seiingtt aku..hari2 aku keluar dgn adik beradik aku...x dgn mdm sakura, dgn mdm sherry x pun dgn cgu rubina...kalo d xde sgt kuar dgn mak n along...
30/4 - gi jusco lg...xingt plak wat ape...haha
1/5 - cgu rubina wat mkn2 tuk besday danish..aku sumbangkan spageti...mak plak buaat mee sup...budak2 ni gi amik spageti aku mkn dgn kuah sup..haha...hantam saje la labu...
2/5 - keluar lg kot...dgn mdn sherry kalo x silap..ke mana pun xingt...gi nagoya kot beli langsir
3/5 - xingat...hehe
4/5 - gi jusco lg..haha..kali ni buat kad jusco..n gi bank lg...
5/5 - cgu rubina ajak pi shopping kt keluargaku...ape lg...datin2 sume pegi..haha
6/5 - hari ni pecah rekod x gi mana2
7/5 - esok...hari tersarungnya cincin itu..
8/5 - balik semula menunaikan amanah.....insyaALLAH...

abah perli "hari ni x gi mana2 lg ke? xnk jalan ke?" haha...kena perli baik punye...abah hukum curfew...xpenah2...tp xpe as long as aku x kuar dgn sebarang org dia x kisah...kluar pun dgn adik beradik sendiri..ok la...nk mkn jap...cik pataya ni da lama menanti untuk aku mkn dia...ok babai cik khilkhir...cari bahagiamu smp dpt wokeh!

* istikharah itu telah bertemu jawapan...aku terima apa adanya jawapan ALLAH itu..dan aku redha andai ini yg terbaik buatku...terima kasih wahai tuhanku..sekurang2nya aku pernah bahagia utk beberapa detik itu :)

Wednesday, April 27, 2011

Takkan pisah

Bila waktu mls2 cmni..lebih suka letak video sj. Lagu ni cik Sarah Balqis yg bg..beria2 suruh aku dgr. Pelik jugak...smp singgah rumah dia sanggup dia on laptop nk suh aku dgr...When i asked her, is there any relation between me n dis song? She answered " Maybe..n I am very sure u will like this song.." Haha..it seems she already know what type of genre yg aku suke...hik3x..tp...bila didengar dan dibc lirik ni..mmg xde kaitan langsung pun dgn kisah hidup aku. Serba sedikit ttg lirik lgu setia gile perempuan ni, xsgup hilang org yg dia syg walaupun mendpt tentangan ibu bpa..haha...Aku ni mmg suke hayati lirik yg aku suke..so pd sesiapa yg nk bg lagu kt aku..berhati2 la ye..takut nnti aku salah interpretasi..kalo yg da terlepas bg tu..xpe..it is forgiven :). Tp kalo nk nyanyi tuk aku pun xpe...terpesona nnti bila mendengar....lg bagus kalo alunkan ayat2 al-quran (bukan ayat2 cinta)...confirm terjatuh hati nnti..ok la..layan je la lgu ni cik khilkhir oi..




Wahai ALLAH...pabila KAU ciptakan pertemuan, pasti jua KAU ciptakan perpisahan. Segala yg terjadi pasti ada hikmahnya :)