Aku...diburu kenangan silam...Bila kita hadapi ujian dlm hidup kita, mesti kita risau, xlalu makan, xlena tidur, terasa hidup xtentu hala. Masing2 pernah melalui ujian yg dtgnya dr ALLAH, cuma keadaan, masa dan bentuknya berbeza. Jika dulu diri ini selalu beri nasihat pd rakan2 seandainya kita diuji, kita mesti REDHA dan IKHLAS..ya...itulah kata2 pendorong semangat yg slalu kuberi pd yg memerlukan. Tp sebenarnya diri ini tidak sedar, melafazkan dan berbicara lebih mudah daripada melaksana. Smplah satu ketika aku diuji...hebat..bgku ianya sebesar2 dugaan yg ALLAH beri saat itu. Bagai air mata tiada lg untuk aku tumpahkan. Mak abah mengalirkan air mata mendengar tangisku bagai xtertanggung..Abgku menggeleng kepala ...kakakku terdiam dengan tingkahku. Di kala itu baru aku sedar apa itu redha dan ikhlas...saat itu aku baru mengerti dua perkataan itu dgn mendalam sehinggalah aku senyap diam x bicara, tanpa esakan lg. (mcm budak kecik). Suatu ketika, kakakku bertny " dik..ape yg membuatkan kau tiba2 tenang seblum tu bgai nk gila, mesti ada sesuatu yg buat hati kau tenang..." saat itu aku masih xdpt jwpn lg...Tp bru sekarang aku mahu meluahkan. "Air mata ku kesat bila kakakku sendiri yg berbicara..." ALLAH nk uji kita dik...ini ujian ALLAH. Nama kita berdua ALLAH dah catitkan utk diuji...sakit dik..perit...rasa x tertanggung.tp kita kena terima..ni semua ALLAH nk bg kita...sbb dia nk bg kita sesuatu yg lebih baik dr yg ini...cuma kita xtahu apa dia...mungkin kita ada lakukan dosa yg ALLAH mahu hapuskan...DIA sygkan kita..." Begitulah lebih kurang kata2 kakakku saat itu. Kami berdua diuji?knp dia kata begitu...ya...ingatan terus terimbas saat sehari seblum raya 2009. Kakak diuji ALLAH...diberi kesakitan yg amat dan kami sekeluarga tidak tersangka kerana diuji begini..Kemalangan api itu sungguh menggerunkan..katanya pedih bagai nyawa dihujung tanduk...tp xditunjuk pd mak abah..badan tangan kaki dan muka sudah pedih dismbr api....ALLAHUAKBAR...aku juga menyaksikan saat di ICU...xtertanggung ku lihat kakak begitu. Suaminya sudah tiada air mata untuk dialirkan. Tika doktor membenarkan kami masuk ke icu, beliau menerangkan dan smbil menunjukkan bahagian2 yg terbakar..ALLAHUAKBAR dapat kugmbrkan betapa pedihnya dan sakit yg ditanggung kakakku yg sudah tidak sedarkan diri. Air mata mengalir di petang raya..siapa yg tidak menangis...mlm raya dihiasi dgn solat memohon dr ALLAH segala kebaikan, dan pagi itu semuanya beraya di hospital kecuali diriku dan cik sakura. ALHAMDULILLAH...2mgu slps raya, kakak dpt jejakkan kaki ke tanah suci. Muka terpaksa ditutup kerana cuaca yg agak panas. Itu lah indahnya ALLAH...dia beri kesakitan dahulu bru kesenangan. Aku jua sudah merasainya. Jadi sekarang, saat diuji dgn ujian yg hanya sekelumit ini pasti dpt ku tanggung berbanding saat aku diuji kuat dahulu. Argh...ujian ini pasti mendidikku supaya aku xlupa dgn rahmatNYA. DIA maha mengetahui apa yg kuperlukan dan apa yg tidak. Coretan kali ini skdr pengajran pd diri sendiri sahaja...WALLAHUALAM...
~ kuserahkan takdirku pd ALLAH, DIA berhak menentu sesuatu buat diriku dan aku percaya setiap yg diberi itu adalah yg terbaik buatku, andai sebaliknya...DIA mahu aku belajar dr kesilapan~
~ ALLAH...seandainya itu adalah hanya asbab ke atas segala yg terjadi sekarang, aku redha, dan seandainya ini membuka jalanku untuk aku smp ke destinasiku, aku bersyukur, dan sekiranya inilah ketetapan buat seumur hidupku...terima kasih tuhanku~
~ kuserahkan takdirku pd ALLAH, DIA berhak menentu sesuatu buat diriku dan aku percaya setiap yg diberi itu adalah yg terbaik buatku, andai sebaliknya...DIA mahu aku belajar dr kesilapan~
~ ALLAH...seandainya itu adalah hanya asbab ke atas segala yg terjadi sekarang, aku redha, dan seandainya ini membuka jalanku untuk aku smp ke destinasiku, aku bersyukur, dan sekiranya inilah ketetapan buat seumur hidupku...terima kasih tuhanku~